13 April 2011

DAGING MASAK DENDENG....

Assalamualaikum,
Selamat bertemu lagi, dah siap masak ke? apa menu tengahari ni? Ini menu yang Kak Intan masak tengahari semalam, daging masak dendeng salah satu menu kegemaran seisi keluarga. Dapat makan dengan nasi panas ada pulak ikan masin sikit , sayur tumis tumis sikit...huwahhhhh...dah memang sesuai sangat dah kan.
Resepi yang Kak Intan gunakan-
Bahan bahan nya:-
1/2 kilo daging yg direbus, ditumbuk dan digoreng
10 ulas bawang merah-diblender
1 ulas bawang putih-diblender
Cili kering siap belender
Cili sos- sedikit sahaja
Kicap pekat
sedikit gula
sedikit garam
sedikit oyster sos.

Caranya:-Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga garing dan naik minyak masukkan sedikit sos cili, sos tiram dan juga kicap pekat,masukkan daging garam dan gula, gaulkan hingga sebati sehingga sambalnya sebati dengan daging dan angkat. Bolih lah dihidangkan. Selamat mencuba. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...