26 April 2011

JALAN JALAN CUCI MATA DIVIVA HOME

Assalamualaikum,
Selamat pagi geng blogger semua. Mungkin ada yang tengah sarapan sekarang ni, sambil sambil tu jum layan gambar gambar yang Kak Intan ambil masa jalan jalan cuci mata diVIVA Home, Cheras. Seronok cuci mata dikedai yang menjual barang barang deco ala Inggeris ni. Semua nya ada, tapi harga nya bolih tahan. Apa pun jum kita tengok dulu...
Ini lah kedai yang buat Kak Intan leka melihat isi didalam nya..bukan buat iklan ya...saje nak share je dengan kengkawan kat sini he...he....PINK ROSE FURNISHING.
Macam macam ada didalam nya termasuk lah barang barang yang paling Kak Intan minati contohnya skrin ni...memang cantek sangat...
Kabinet kabinet hiasan pelbagai bentuk dan saiz...cantek cantek...
Apa apa pun setakat jamu mata sahaja. Dikedai kedai yang berdekatan juga Kak Intan nampak la set set pinggan mangkok yang cantek cantek juga. Nak kata harga nya mahal ke murah Kak Intan pun tak pandai nak menilai sebab pinggan mangkok macam ni Kak Intan pun kurang arif tentang harga nya.
Biasa nya Kak Intan tengok corak corak dan bentuk yang begini didatangkan dari luar negeri sahaja.
Ok lah...sampai disini dulu catatan untuk pagi ini. Sampai jumpa lagi dientry seterus nya, wassalam




2 ulasan:

  1. kak,kalau kat s'pore ni memang cekik darah harga nya.kalau saya pergi melaka geram sebab h
    arga boleh tahan sikit
    -amie-

    BalasPadam
  2. kak intan;
    hari tu ada offer dekat viva home ni kan sempena pembukaannya...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...