08 Mei 2011

HARI IBU 2011-THE SULTANI..HOTEL FLAMINGGO PART 1

Assalamualaikum.
Selamat bertemu kembali dipetang Isnin ini...apa khabar semua. Rasanya dah 2 - 3 hari tak bertemu diblog Kak Intan ini. Agak sibuk sikit diminggu lepas dengan MOTHERS DAY CELEBRATION seperti yang Kak Intan katakan tempohari. Alhamdulillah 7hb Mei tetap dalam kenangan, ianya kami cepatkan sehari kerana sebab sebab yang tertentu, apa pun majlis tersebut telah pun selesai dengan jaya nya. Buat pengetahuan semua Kak Intan dan AJK yang lain nya menetapkan tema kali ini ialah putih dan pink...jadi kesemua yang datang kemajlis tersebut mengenakan pakaian dengan warna tersebut.
Antara orang orang yang bekerja keras dalam mengendalikan majlis ini ialah Sharifah Zaidah (Shazaidah) dari Sentul- orang yang dipertanggungjawab kan menguruskan hal hal kewangan atau pun lebih senang dipanggil Bendahari.
Keduanya Zolidya Nor dari Jln Duta, KL, seorang surirumah yang begitu komited dengan kerja kerja beliau sebagai Setiausaha dalam majlis ini.
Kak Intan sebenar nya ingin mengucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada orang yang banyak berusaha dan bersusah payah merialisasikan impian kami semua kepada DATIN ELLY kerana beliau yang banyak bekerja keras membantu kami semua dalam menjayakan program ini. Atas daya usaha DATIN ELLY dan juga tanpa mengira wang ringgit MOTHERS DAY CELEBRATION 2011 berlansong dalam suasana meriah dan teratur dan paling gembira dan bersyukur dihari yang sama LADIES IN WHITE juga ditubuhkan dengan rasminya.
Selain dari itu orang yang penting juga dalam sesebuah majlis ialah Puan Hidayah Yusof seorang surirumah tangga dan juga salah seorang kakitangan kerajaan yang kami lantik sebagai pengacara majlis pada hari tersebut. Terima kasih Puan Hidayah kerana menghidupkan lagi acara majlis hari itu dengan begitu meriah sekali.
Setiap peserta yang datang dalam majlis ini disyaratkan membawa hadiah dengan harga $20/= keatas, ini kerana kami mengadakan (EG) pertukaran hadiah secara mencabut undi setiap orang.
Susun atur meja hari itu menunggu ketibaan para tetamu dari jauh dan dekat. Peserta paling jauh (luar dari Kuala Lumpur) ialah dari Kuantan Pahang (Puan Yusliza Yusuf)
Ini lah antara makanan makanan yang disediakan olih pihak The SULTANI pada hari tersebut..
Antaranya minuman panas dan sejuk serta makanan makanan ala Iran
Nasi beriyani.
dan juga lauk lauk sampingan ayam dan daging
Chicken tandori
Kak Intan lupa nama kuih ni yang seakan samosa, didalam nya berintikan ubi kentang sama seperti karipap tapi ianya dimakan bersama dengan tairu.
Gulai kambing pun ada...

Menu tambahan yang Kak Intan sendiri dah lupa nama nya...
Ok lah kita layan dulu gambar2 makanan ni ya....nanti kita sambong pula dengan cerita2 yg lain pula...
Wassalam....jumpa lagi dientry seterusnya

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Selamat hari ibu
    Alhamdullilah semua bejln dgn jaya nya,,menegokdari pic2 yg akk paparkan disini sunguh teruja sy di buatnya..mknan pun npk sunguh menyelerakan
    mmg sungguh tekilan x dpt nak join majlis tesebut..memandangkan saya baru sagat habis tempoh bepantang dalam seminggu..
    InsyaAllah di panjangkan umur thn depan kalau buat lagi saya akan hadir..
    Tahniah sekali lagi atas penubuhan Ladies In White..Shabas

    BalasPadam
  2. w/salam Sheila....
    terima kasih atas sokongan dari Sheila juga walau pun tak dapat hadir..insyaallah mungkin dalam 4 bulan yg akan datang mungkin ada program lain yg kami akan sediakan...apa pun tunggu saja berita selanjutnya dari kami nanti ya...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...