06 Mei 2011

SEMPENA HARI IBU ESOK..

Assalamualaikum.
Bertemu kita lagi dientry seterusnya. Sembang sembang sempena sambutan HARI IBU yang bakal disambut esok hari. Kak Intan dan beberapa orang kawan adalah merancang sesuatu untuk diri sendiri dan juga kawan kawan yang lain. Bukan nya apa pun saje saje nak mengeratkan lagi tali persahabatan diantara kami yang selalu bertemu dialam cyber ini.... sambil sambil tu dapat juga kami berkenal mesra antara satu dengan yang lain dengan ada nya majlis itu nanti.
Insyaallah...harap harap ianya akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala yang kami rancang dengan keizinan NYA.
Inilah diantara kawan kawan yang mula mula membuat perancangan untuk melaksanakan sambutan Hari Ibu tersebut....antara nya Sharifah Zaidah Syed Abd Rahman, Zolidya Nor dan juga Datin Elly. Seorang lagi geng yang sama sama bertungkus lumus dalam mengendalikan hari tersebut juga ialah Puan Hidayah Yusof (tiada dalam gambar).Insyaallah harap harap segala nya akan menjadi kenyataan seperti mana yang kami telah rancangkan untuk memeriahkan hari IBU. Ok kita sambung cerita ni nanti apabila majlis tersebut sudah dijalankan...Wassalam...tunggu ye cerita selanjutnya minggu hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...