04 Jun 2011

PUDING TEMBIKAI ROTI...

Assalamualaikum,
Selamat bertemu kembali, petang tadi balik dari Subang Jaya, cuaca agak panas terik. Nak makan pun kurang berselera..sambil sambil tu Kak Intan buat roti poket, seperti resepi yang ada yang Kak Intan pernah buat sebelum ni. Lebihan dari roti yang dibuat roti poket tu Kak Intan buatkan pulak puding roti ni cuma ianya Kak Intan warnakan dan buboh warna yang sesuai seperti buah tembikai, kemudian biji2 tembikai ni Kak Intan gunakan kismis yg Kak Intan taburkan diatas nya.
Inilah hasilnya puding roti yang Kak Intan jadikan seperti buah tembikai, cuma acuan nya sahaja tak seperti buah tembikai, Ok ... sapa sapa nak cuba bolih mencubanya seperti membuat puding roti cuma tambahkan warna warni nya seperti buah tembikai..insyaallah mesti menjadi punya kan..ada yang nak resepi? Ok lah Kak Intan letak disini ya...jum tengok..

Bahan bahan,

10 gram agar2 serbuk
1tin susu cair
1 biji telor
1 cawan gula pasir
5 keping roti
pewarna yg disukai
sedikit esen vanilla.

Caranya:

Masak agar2 serbuk dengan gula dengan 2 cawan air.
Blenderkan susu cair dengan roti dan juga sebiji telor +kan esen vanilla, bila agar2 dan gula tadi sudah hancor masokkan bahan2 yg diblender tadi, masak sehingga mendidih. Masokkan sedikit puding yg telah masak tadi dalam 2 senduk dan masukkan pewarna hijau, kacau sebati dan masukkan kedalam bekas yg sesuai. Bila agak beku masukkan pula lagi 2 senduk puding bewarna asal dan bila beku lapisan kedua ini masukkan puding selebihnya dan campurkan dengan pewarna merah kemudian taburkan pula dengan biji2 kismis diatasnya, sejukkan dalam peti ais, Ok, selamat mencuba, wassalammmm...

5 ulasan:

  1. Salam,

    Kak Intan, look nice blh share resepi tk? tq

    BalasPadam
  2. Alamak..sedap nampak...cantik lapisan puding ni...

    BalasPadam
  3. Tanpa nama..ok bolih, akak dah letak resepinya.

    BalasPadam
  4. Salam,

    K.Intan, tq ye sudi berkongsi resepi.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...