17 Julai 2011

AGAR AGAR KACANG MERAH.

Assalamualaikum...
Bertemu lagi kita dalam entry menu makanan yang seterusnya pagi ini. Kali ini buat agar agar kacang merah pula. Resepi yang digemari olih seorang rakan yg Kak Intan kenali melalui FB. Katanya dia memang suka dengan agar agar kacang merah ni...nak buat pun senang.
Kalau ada sesiapa nak mencuba silakan. Kacang merah nya terlebih dahulu direndam beberapa jam kemudian direbus sehingga kembang dan kemudian nya diblender sampai hancur. Masak agar agar bersama gula dan juga air kemudian campurkan kacang yang telah diblender tadi. Masakan sehingga mendidih , kemudian masukkan dalam acuan yang digemari kemudian sejukkan dalam peti ais...
Selamat mencuba. Wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...