22 Julai 2011

JUMPA KENGKAWAN LAMA2 MASA SEKOLAH DULU...

Assalamualaikum,
Selamat pagi Sabtu dan selamat berhujung minggu pada kawan kawan blogger semua. Redup je cuaca pagi ni kan....alhamdulillah, kalau ada yang buat kenduri hari ni memang sesuai sangat dengan cuaca yang macam ni , tak la panas sangat. Dalam 2 minggu yang sudah Kak Intan dan keluarga diundang kesatu majlis perkahwinan di Wisma LJT, Taman Melawati Ulu Kelang. Majlis tersebut adalah majlis perkahwinan anak kepada salah seorang kawan masa Kak Intan bersekolah dulu, iaitu Puan Aminah Jalil dan suaminya Tuan Hj Ariffin. Terima kasih banyak2 pada Aminah kerana mengundang Kak Intan sekeluarga... biasa nya kalau ada majlis2 macam ni Kak Intan tak kan melepaskan peluang sebab ini lah masanya kami kawan2 masa belajar dulu dapat bertemu semula. Bukan senang antara kami nak berjumpa sebenarnya, ini pun dah 30 tahun lebih kami tak bertemu ya lah...lepas sahaja SPM kami semua mengikut langkah masing2.. ada yang berjaya dan ada juga yang kurang berjaya tapi setakat ini alhamdulillah kami semua bahagia dengan keluarga masing masing...paling membanggakan bila ada antara kami punya anak anak yang berjaya dengan dengan pencapaian masing masing. Kami juga tumpang gembira dan seronok.
Gambar ni diambil masa baru sampai, adusssss.....semuanya dah nampak kearah "penuaan" he..he...almaklumlah dah setengah abad semuanya...ada juga yang dah punya cucu...syukur alhamdulillah...
Apa apa hal mesti ambil gambar ramai ramai sebagai kenangan masa berjumpa, antara nya Abd Razak Embun dan isteri, Jamie dan Suami, Shaharudin Hashim (yang sampai sekarang masih solo)...Zanaidah Masri dan suami Mustaffa Siraj (untung diorang ni dari sekolah sampai lah sekarang masih couple..he..he...), dan akhir sekali Mohd Khir Akhir dan isteri.
Buah tangan (door gift) dari pihak pengantin ..terima kasih banyak2.sorry gambar pengantin nya tak ada la pulak...door gift nya je yg diambil gambar nya

Dua beranak ni pun Kak Intan ajak pergi sama..yg 2 beradik tu je tak ikut sebab masing2 ada hal.
Bila kawan lama bertemu kembali macam2 je cerita nya...Zanaidah Masri dan juga Jamie- masing masing dari Ulu Langat dan Cheras...
Dah habis makan pun kami masih disitu sehingga majlis selesai...seronok berbual sampai tak ingat itu majlis kenduri kahwin he..he... nasib baik kami datang agak lewat sikit sebab dah plan...kalau jumpa kengkawan nanti mesti lambat nak balik..ha...ha...


Orang yang terakhir kami tunggu hari tu ni lah dia Razak dan isterinya Ruby dari Kampong Pandan.Tak cukup masa bersembang di majlis tersebut Kak Intan ajak diorang singgah pondok buruk Kak Intan tu sambung2 bercerita he..he...Ok lah sampai disini dulu celoteh kak Intan pepagi ni...sampaikan berjela jela dah ni...wassalam..jumpa lagi dientry seterusnya...

1 ulasan:

  1. Selamat pagi Kak Intan,
    seronoknya dapat bertemu kawan-kawan lama.... mesti tak cukup masa & tenaga nak kongsi 30 tahun kisah masing-masing...

    'penuaan' itu usia keemas-emasan Kak Intan, emas makin mahal tau....makin berharga he he heheh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...