Assalamualaikum,
Apa khabar semua, selamat pagi Khamis...agaknya ada yang tengah sibuk buat sarapan pagi ni ya. Kak Intan pun dah lama tak letak entry tentang masak memasak ni. Ha...ha pepagi ni Kak Intan nak share la sikit tentang kuih tiram yang dapat dari kampong itu hari. Kuih ni macam macam nama orang letak ada yang kata kuih lidah buaya, ada yang kata lidah kucing, ada yang kata kuih lidah jin...ahhh...sudah la tu kan nanti habis satu Zoo Negara tu keluar nama lidah nya he...he...
Teringat masa arwah emak masih ada, rajin sangat dia membuat nya. Kadang2 sampai satu tin besar dia buat. Bila petang petang hari , kalau balik dari sawah atau dari mana mana ke inilah kuih yang menjadi kudapan nya bersama secawan kopi panas...memang sedap tuhhhh...ok lah ...sebenar nya kuih ni bukan Kak Intan buat. Kebetulan masa singgah rumah kakak yg sulong balik kampong tempohari , dia yang bagi sepeket, aduhai...dah lama tak makan sedap pulak tu. Krup krap krup krap bila kena gigit...tau tau habis je yang sepeket tu, kalau nak buat ha haiiiiiii ..kena tunggu betul betul rajin ni....bahan bahan pun tak banyak digunakan ni..Kalau tak silap tepong gandum, air, telur sebiji,sedikit tepong jagung, sedikit majerin dan dan juga minyak untuk menggoreng. Bahan2 tu digaulkan semua sekali kecuali minyak, kemuadian diuli menjadi doh, kemudian dicanai sampai nipis kemuadian dilapis2kan dan dipotong kemudian digoreng sampai rangup...dahhhh last sekali disira dengan gula halus...he..he...siap untuk dimakan..Ok lah sampa disini dulu ya...wassalam.
As'salam kak intan
BalasPadamkak apa khabar? ct harap kak intan sihat2 selalu ya. lama betul tak mampir keblog akak ni.
ct pun suka kuih tiram ni, kalau dah sira dengan gula, memang tak sedar berbalang juga lah habis dimasuk dalam mulut kak...hihihi.
kak intan....1st time sy buat kuih ni, happy tak terkata sebab jadik! siap tepon mak kat kampung lagi. hehehe...punyela seronoknya (sebab sebelum ni mak buat tak jadi)
BalasPadam