
Selamat bersua kembali dihujung minggu ini. Selamat berhari raya dan selamat bercuti kepada yang sedang bercuti. Entry kali ini adalah majlis perjumpaan bersama Puan Monaliza Yaakub diPenang Village ,Great Eastern Mall, Jalan Ampang Kuala Lumpur, pada jam 3 petang juga pada 3hb September 2011. Walau pun ramai yang tak dapat hadir majlis tetap meriah bersama sama dengan rakan rakan yang ingin bertemu dengan Mona. Mona yang akan kembali semula kebumi UK pada 11hb September mengambil kesempatan ini untuk bermesra dengan lebih dekat lagi bersama sama kami sempena dengan Aidilfitri ini. Jum tengok gambar gambar ni yang diambil diPenang Village semalam..macam macam ragam he..he...
Restoran Penang Village tempat kami berkumpul dari jam 3 - 6 petang semalam
Berdiri dari kiri TINI, DATIN ELLY (DE), HIDAYAH MOHD YUSOFF, ELIZABETH ADAT, NORAN AMIN, ZAINAB SAFIAN, YATIE BAKAR, DAN SHARIFAH ZAIDAH.
Sambil makan sambil posing..dan dibawah ni antara menu menu yang dihidangkan..
Spagetti dan ayam goreng bersalut

Tiada ulasan:
Catat Ulasan