26 September 2011

MEE BANDUNG YG MEMANG TAK ADA DIBANDUNG ...

Assalamualaikum,
Dah lama tak cerita tentang menu kan. Pepagi ni kita cerita tentang menu yang dihidangkan petang semalam iaitu Mee Bandung Muar, teringat kata seorang kawan Kak Intan, macam mana lah mee ni bolih dapat nama Mee Bandung, kalau ke Bandung tak ada pulak terjumpa mee semacam ini. He ....he... kena tanya sendiri pada sipembuat mee Bandung yang mula mula dulu lah...Kak Intan sendiri pun tak tau nak jawab.
Sebenar nya mee Bandung bkan lah Kak Intan sendiri yang masak tapi pemberian seorang kawan yang keMuar pada hujung minngu kelmarin, Balik dari sana dia pun bawa lah mee ini untuk Kak Intan 2 bungkus..sampai dirumah Kak Intan panaskan kuahnya sahaja..uishhhhh memang sedap lah rasa nya. ..pernah juga masak sendiri, tapi rasa dia punya lagi sedap..apa pun terima kasih pada kawan Kak Intan ni sebab tak lupa bungkuskan untuk Kak Intan juga. Sampai disini dulu ya...kita jumpa lagi dientry seterus nya, wassallam

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...