24 September 2011

OPEN HOUSE DIRUMAH ECHA.

Assalamualaikum,
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu, dah bersarapan ke...apa sarapan pepagi ni. Sambil sambil bersarapan jum tengok aktiviti Kak Intan petang semalam bersama sama suami dan juga Geng Ladies In White iaitu Lidya dan juga Sharifah Zaidah. Sebenar nya kami semalam memenuhi jemputan kerumah seorang lagi kawan dari group ESDG (English Style Decoration Group) iaitu Echa Massuzanaliza diSeksyen 33 Shah Alam. Bolih tahan juga dugaan nak menyampaikan kerumah Echa ini...sesat barat kami berpusing pusing mencari rumah nya. Alhamdulillah akhir nya kami jumpa juga, itu pun setelah kami berjanji dengan suami Echa agar menjemput kami disatu stesyen minyak yang berdekatan, masa kami sampai tetamu dirumah Echa dah pun ramai. Macam macam yang disajikan untuk kami tetamunya antara nya kambing panggang...psssttt dengar nya samapai 4 ekor kambing yang diperuntukkan pada hari tersebut
Gambar suami dengan menu kegemaran dia, masa tengah makan makan semalam salah seorang lagi dari group ESDG datang bertandang iaitu taukeh IMAN HOME DEKO , Puan Nani Sadun bersama suami dan anak nya, he...he...tak sangka dapat juga jumpa dengan Nani kan....
Hari tu Kak Intan layan rendang ayam pencen masak rendang Negeri Sembilan..mak aihhhhhh sedap nya...hasil air tangan ibu Echa yang dicampur dengan pucuk ubi.
Apalah yang dipandang Lidya tu...Sharifah Zaidah pula sibuk dengan agenda tersendiri he...he... sorry ya Pah

Sessi bergambar acara yang wajib dalam setiap pertemuan he..he....Ok lah sampai disini dulu catatan kak Intan pagi ini. wassallam

1 ulasan:

  1. terlior tengok kambing tergolek. Cuma i have watch out what i put into my mouth. Maklumle warga emas...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...