22 September 2011

TERIMA KASIH SUDI DATANG KERUMAH.

Assalamualaikum,
Selamat pagi dihari Jumaat yang mulia ini. Dah sarapan ke? Nampak cuaca mendung je hari ni, kalau menjemur pakaian ambil masa juga ni nak mengeringkan nya... tapi tak apa lama lama dia kering juga kan he...he... Hari ni nak kongsikan dengan geng geng blogger semua kisah petang semalam. Rumah Kak Intan diserbu dek jiran jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah Kak Intan. Terima kasih pada semua yang bertandang dan sudi singgah ke rumah merpati Kak Intan ini...
Minta maaf banyak banyak kiranya terkurang layanan dan juga hidangan yang tak seberapa...almaklumlah diorang ni datang tiba tiba sahaja tak sempat nak buat persiapan untuk memasak apa apa pun.
Kedatangan mereka Kak Intan hidangkan dengan kuih kuih raya yang mana ada sahaja.... dan juga teh o panas.
Jiran yang sorang ni Kak Intan dah lupa nama nya, kami pernah tinggal sebelah menyebelah dulu, tapi sekarang dia dah berpindah ditempat lain tapi masih la menjadi jiran

Ok lah jum kita layan gambar gambar yang ada ni...sambil sambil tu kita bersarapan pagi... jummmmm
Sampai disini dul catatan pagi ini, jumpa lagi dientry yang seterus nya....wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...