Assalamualaikum,
Selamat petang , apa khabar semuanya, dah minum petang ke hari ni? Apa la agak nya menu untuk petang ini ya? Kak Intan pun belum lagi makan apa apa untuk petang ni. Tengah memikirkan juga apa yang nak dimasak, terbayang juga kalau dapat makan sukun goreng panas panas sedap juga ni he..he...
Sambil sambil memikirkan menu petang tu sempat juga meletak entry hari ini...tapi apa yang berlaku dalam entry kali ini bukan nya baru rasa nya dah hampir sebulan yang lepas. Masa tu dirumah salah seorang rakan FB iaitu Ema Abd Rahman, kami kerumah nya makan malam hari tu bersama rakan dari Singapore iaitu En Mohd Hatta dan 2 orang adik nya.Selain dari tu Hani Abd.Rahim juga ikut kami bersama kerumah Ema. Ini merupakan pertama kali Ema dan Hani bersua muka... selalu nya kami ni chatting diFB sahaja.
Ini lah Hani yang kak Intan maksudkan, kami ni sebenarnya tinggal tak lah jauh antara satu sama lain, tapi nak jumpa selalu agak susah maklumlah masing masing ada tanggungjawab masing masing kan. Apa pun malam tu kami berkumpul dalam waktu yang agak terhad, tapi meriah dengan bualan dan gelak ketawa masing masing.
Kenalah pulak hidangan Ema malam tu semuanya lauk2 kampong ..huuu huu apa lagi masing masing berselera makan...
Ini lah menu menu yang Ema hidangkan malam tu, paling istimewa menu tempoyak kacau yang Ema masak. Dimakan pula dengan ulam ulaman ...mak aihhhh memang le sedap...En Hatta sendiri pun nampak berselera bila sesekali menikmati hidangan ala ala kampong gini...
Malam tu kami berborak sehingga jam hampir 12 malam, he..he... kena balik cepat esok nya pula hari bekerja. Pada Ema terima kasih sesangat sebab menjemput kami makan malam hari tu...semuanya sedap2 menu tu Ema...ok sampai disini dulu catatan kak Intan kali ini. Jumpa lagi dientry yang akan datang , wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan