11 Oktober 2011

SARAPAN PAGI DENGAN MAKANAN BERASASKAN PULUT.

Assalamualaikum,
Selamat pagi semuanya, dah bersarapan ke?Ini entry tertunda sebenarnya ni...Pagi hujung minggu yang lepas balik sahaj dari menghadirkan diri dikuliah Subuh diWangsa Melawati, Kak Intan dan Hubby terus sahaja kePasar Tani Taman Melawati, tujuan nya nak mencari akar herba kayu untuk dibuat minuman. Tapi bila sampai disitu teruja sangat nampak lemang dan ketupat daun palas ni. Rasa tak puas makan masa Aidilfitri tempohari. Jadi Kak Intan pun belilah sepotong lemang dan 6 biji ketupat daun palas ni, makan sebagai sarapan pagi. Kebetulan dirumah serunding daging memang ada stok..apa lagi menjadilah sarapan pagi tu kan he..he..
Pulut ni pada Kak Intan tak bolih makan banyak banyak, sebab bila lepas makan sahaja mata ni mula lah mengantuk, untuk itu Kak Intan layan dengan minum kopi panas. Ok.... sampai disini dulu ya...jumpa lagi Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...