08 November 2011

AIDIL ADHA KERUMAH SITI NOOR...SG BULOH.

Assalamualaikum,
Petang hari raya Aidil Adha hari tu Kak Intan dan Kak Yang Othman kerumah seorang lagi kawan FB iatu rumah Siti Noor, dah agak petang kami kesana bertempat diSungai Buloh Selangor. Aduyai .....masuk rumah Siti Noor teruja Kak Intan dan Kak Yang , mana tidak nya sana sini deco ala Inggeris dan kebanyakkan barang barang yang ada semuanya Siti Noor tempah untuk dibuat folkart...memang salute lah pada Siti Noor...kata Siti Noor dia mengubah suai rumah nya dari pada set set perabot jati ke deco ala Inggeris dalam masa 4 bulan, dan dalam masa 4 bulan itu juga dia membelanjakan sebanyak lebih kurang $40k untuk menjadikan apa yang ada sekarang kata nya.
Tengok lah dibahagian dapor Siti Noor ni...almari dibelakang nya dipenuhi dengan barang yang dah difolkart kan, bermacam macam yang ada semuanya cantek cantek. Kak Yang pun teruja dengan koleksi koleksi Siti Noor ini.
Kak Intan pula suka dengan tingkap lama (rumah kampong) dengan FA nya tuhhh dah tak nampak macam tingkap pun kan

Kak Intan dengan Siti Noor, sebenar nya Siti Noor ni seorang tauke pembuat kek dan biskut. Hasil kerja tangan nya memang sedap sedap sekali... hampir setiap tahun kek dan kuih muih nya dijadikan hamper hari raya olih beberapa jabatan kerajaan dan juga syarikat syarikat yang memberikan hamper hamper hari raya. Kata Siti Noor antara tempat tempat yang dia belajar untuk membuat kek dan biskut ialah Singapura, Brunei dan juga Surabaya... patut lahhhh .. bukan main sedap sedap kek yang dia buat terutamanya Cheese cake he..he...
Antara koleksi SIti Noor yang buat Kak Intan teruja ialah tatting yang Siti Noor lapik kan set cawan dan piring nya ni...cantek sangat ...sebenar nya ini kerja tangan orang tua dulu dulu kini dah menjadi hangat semula..
Koleksi koleksi dalam almari Siti Noor juga cantek cantek , ditambah pula dengan doily doily yang menghias nya tu adusssss... betul betul teruja la Siti
Ok lah sampai disini dulu catatan kak Intan , kita jumpa lagi dientry seterusnya, wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...