05 November 2011

KOLEKSI BUNGA KANGKUNG DARI BIL

Assalamualaikum,
Selamat petang dan selamat berhujung minggu pada kawan kawan blogger semua, sambil sambil minum petang tu disini Kak Intan nak berkongsi rasa gembira dengan kawan kawan semua, mungkin ada diantara blogger yang singgah diblog Kak Intan ini penggemar dan juga pengumpul pinggan mangkok lama seperti apa yang Kak Intan paparkan disini.
Dikalangan pengumpul pengumpul pinggan mangkok lama ini rasa nya koleksi bunga kangkong adalah sebahagian daripada koleksi yang menjadi rebutan. Apa yang menjadi koleksi Kak Intan ini Kak Intan dapat daripada abang ipar sebelah suami. Sebelum nya ianya koleksi peribadi arwah ibu mertua Kak Intan, alhamdulillah dengan ehsan abang ipar Kak Intan ianya kini menjadi sebahagian koleksi peribadi Kak Intan pula.
Paling Kak Intan seronok apabila Kak Intan dapat koleksi teko Aladin nya yang menjadi kegilaan pengumpul pengumpul bunga kangkung. Apa pun sekali lagi Kak Intan berterima kasih banyak banyak kepada abang ipar yang sudi menyerahkan nya kepada Kak Intan.
Insyallah, ianya akan Kak Intan jaga dengan sebaik mungkin... tapi ada lagi rasanya koleksi yang masih belum Kak Intan ambil dari kabinet rumah BIL ni macam pinggan makan dan juga mangkuk untuk kuah, setakat ini kak Intan baru dapat 5 set cawan /piring, satu biji mangkuk sup dan juga 2 biji teko Aladin.
Sekarang ni koleksi koleksi ni dah bertenggek diatas para tepi dinding rumah Kak Intan ni... dulu nya koleksi polkadot.tak apa lah koleksi polkadot masih tetap dihati he..he...
Ok lah sampai disini dulu catatan Kak Intan buat kali ini, jumpa lagi dientry akan datang, Selamat Menyambut Aidiladha, wassalam.

3 ulasan:

  1. kak intan... ann pn suka pinggan bunga kangkung ni...nmpak nostalgia..tp klu nk tau..arwah nenek banyakkk pinggan mangkuk ni skrg pinggan mangkuk tu tertimbus dlm tanah gitu je sbb pakcik yg dpt rumah arwah nenek tu xminat pinggan ni...mcm org tua2 katanya...huih..rasa cam nak korek je angkut bwk blk...

    BalasPadam
  2. Salam Ann...alamak ye ke sayang nya Ann...korek je Ann ...tak pun Ann cuba tunjuk gambar2 ni macam mana Kak Intan dan kawan2 lain yg sama hobby menjaga nya dengan baik....harga pun agak mahal sekarang ni kalau kita beli dari pengumpul barang2 antik

    BalasPadam
  3. cantikkkk! sy ada tekoh kecik je

    selamat hari raya aidil-adha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...