13 November 2011

TAKZIAH BUAT ZOLIDYA NOR DAN KELUARGA...

Assalammualaikum,
Apa khabar selamat pagi semua, dah bersarapan ke belum. Kak Intan ni pun belum juga bersarapan duk ngadap pc ni dulu....dah lama tak letak entry sebenar nya he...he... rindu juga dengan geng geng blogger kat sini. Terima kasih pada kawan kawan yang sudi singgah diblog Kak Intan ini. Sebenar nya pagi ini Kak Intan nak merakamkan salam takziah pada Zolidya Nor yang telah pun kehilangan suami tersayang pagi semalam. Apa yang berlaku Kak Intan mengharapkan semoga Lidya tabahkan hati dengan ketentuan ini...Kak Intan faham dengan apa yang Lidya alami sekarang bak kata orang betapa berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul.
Alfatihah buat arwah, semoga rohnya bersama sama orang orang yang beriman, agak terkejut juga Kak Intan pagi semalam bila dapat panggilan dari Sharifah Zaidah mengatakan suami Lidya dah kembali kerahmatullah, waktu tu sebenar Kak Intan sedang bersembang digagang talipon tentang perkembangan arwah suami Lidya diHospital Sg Petani. Apapun salam takziah buat Lidya sekeluarga sekali lagi... Dari Allah dia datang kepada Allah juga dia pergi... dan juga ucapan takziah buat keluarga Hamsiah Junid kerana ibu mertua tercinta nya juga telah kembali kerahmatullah pada minggu lepas.. semoga Ham dan Abang Jamal sekeluarga redho dengan ketentuan ini... amin ya rabbalalamin... wassalam

1 ulasan:

  1. Al-fatihah. Mudah2an, keluarga si arwah bersabar dengan ujian Allah, dan dapat meneruskan hidup dengan kekuatan dan penuh dengan +ve mind set.
    @AMIR

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...