03 Disember 2011

MAJLIS PERKAHWINAN WAN DAN NORSHAM

Assalamualaikum,
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu, apa khabar? Dah lama benar rasa nya tak meletak entry entry baru diblog ni. Terima kasih pada kawan kawan yang tak putus putus sudi menjengah blog Kak Intan ini. Oh ya...pada kawan kawan blogger yang berugama Islam salam Maal Hijrah juga Kak Intan ucapkan. Sempena menyambut tahun baru Islam yang baru lepas juga Kak Intan dan suami agak sibuk juga, sibuk menolong keluarga abang ipar yang baru menerima menantu lelaki nya . Majlis nya berlansong bermula 25 November iaitu pada hari Jumaat malam Sabtu iaitu majlis pernikahan anak bongsu abang ipar Kak Intan ini dan pada hari Sabtu nya pula majlis berlansong nya persandingan mereka bertempat di Pinggiran Batu Caves. Alhamdulillah dalam cuaca yang amat baik majlis berlansong dengan meriahnya, ramai sahabat handai dan juga saudara yang datang.
Tema yang digunakan pada hari itu ialah ungu dan juga putih, berkonsepkan taman.
Majlis tempat berlansong nya persandingan itu dipenuhi juga dengan pelbagai jenis bunga yang segar segar.. Ini lah pasangan pengantin yang diraikan pada hari tersebut iaitu Wan dan juga Norshamsiah. Pengantin perempuan nya merupakan anak saudara kepada suami Kak Intan.

Semoga pasangan pengantin baru ini kekal bahagia hingga akhir hayat dan semoga mereka juga dikurniakan dengan anak anak yang soleh dan solehah. Sampai disini dulu Kak Intan mengundurkan diri, wassalam, jumpa lagi dientry yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...