26 Disember 2011

ZIARAH SHARIFAH ZAIDAH DIPUSRAWI



Assalamualaikum,
Selamat pagi semua buat kawan kawan dan pengunjung pengunjung blog Jariintanku ini. Terima kasih kerana tak jemu jemu sudi singgah disini, apa khabar semua, rasa nya hari ni ramai yang dah mula bertugas kan...



Entry yang Kak Intan muatkan kali ini  dah sebulan lebih berlalu, entry yang tertunda lagi la ni ye... he..he... masa ni Kak Intan dan geng menziarahi Sharifah Zaidah semasa diPusat Rawatan Islam Jalan Tun Razak, Sharifah Zaidah dimasukkan awal kesini kerana masaalah kesihatan nya masa mengandung, rasanya 10 hari diPusat Rawatan Islam ni baru lah Sharifah bersalin, itu pun bukan secara normal tapi secara pembedahan, syukur alhamdulillah akhir nya Sharifah melahirkan seorang baby perempuan, dinamakan Qaseh .... sebelum ni Sharifah dah punya 4 orang anak lelaki.



Kami ni pantang bertemu, ada aja topik yang jadi bahan perbualan, kena pulak kalau dah berkumpul semuan nya...lagi lahhh..tengok la tu entah apa yang dibualkan diRosemalina Che Omar sampai Datin Elly pun terpegun mendengarnya.
 Kalau selalu macam ni memang seronok ha...ha.... lepas tu memang susah nak balik dah, memikirkan kami ni kaum wanita dan juga suriruamh sepenoh masa semuanya, masih banyak tanggung jawab yg perlu diselesaikan dirumah, dah hampir petang juga baru kami semua angkat punggung untuk pulang, sebelum balik...ermmmm posing sana posing sini dulu.


Sebelum tu pada Sharifah yang masih lagi dalam pantang jaga diri baik baik dan juga selamat berpantang, Kak Intan undur diri dulu ya, wassalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...