25 Januari 2012

SARUNG KUSYEN BERHIASKAN DOILY.

Assalamualaikum,
Selamat malam apa khabar, dah makan malam ke? atau diet? sebelah malam tak makan tapi sebelah siang makan selagi mau he...he.. saje je usik usik sebab dah lama tak layan dengan entry entry terkini. Entah kenapa tak malas betul sekarang ni nak update blog, lagi pun macam tak ada bahan je nak diceritakan.
Kali ni nak kongsikan sarung kusyen yang kak Intan baru sahaja siap dijahit, entah kenapa tetiba dalam sehari dua ni rajin pulak menjahit, ada saja benda yang masuk dalam kepala ni nak dibuat, macam banyak je idea yang nak dibuat...mula nya tadi kak Intan siapkan lagi tempahan baju mannequin tempahan seorang rakan yang tinggal jauh diutara. Lepas tu belek belek pula kat wall seorang kawan, nampak la sarung kusyen yang dia beli dari luar negeri yang dibuat dari kain baldu kemudian dihias pula dengan lace. Dari situ datang idea Kak Intan menjahit doily kat atas sarung kusyen biasa tu. Apa lagi semua bahan keperluan ada dalam simpanan , sepantas nya kak Intan buat kerja kerja menjahit sarung kusyen tu tengahari tadi.
Untuk nampak kelainan sikit kak Intan tambah manik manik yang bentul seperti pearl diatas doily tersebut...sekejap saja menjahit nya dah pun siap...
Kalau ada sesiapa nak mencuba nya pun bolih.... nampak cantek kalau buat banyak banyak dan susun atas sofa atau pun buat hiasan diatas katil. Ok sampai disini dulu catatan Kak Intan malam ni ya...lain kali kita jumpa lagi wassalam.....

3 ulasan:

  1. As'salam cantiknya, kak intan heheh lawa pulak saya ada sarung kusyin yg plan....so nnt boleh le cari coily dan buat mcm ni..tq bg ider

    BalasPadam
  2. e/salam Sheila...bolih aje silakan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...