05 Mei 2012

CURTAIN LACE DARI JAYA JUSCO....


Assalamualaikum
Selamat malam dan selamat beristirehat bersama keluarga, harap harap rakan rakan blogger semuanya sihat sihat diwaktu ini ya... Hari ni balik dari memenuhi undangan majlis perkahwinan didua buat tempat Kak Intan berehat sekejap. Agak petang sikit dan cuaca dah mula redup Kak Intan minta tolong En Hubby hantarkan ke Jaya Jusco yang berdekatan dengan rumah , kebetulan En Hubby pulak nak menuju ketempat kerja, jadi ambil peluang la menumpang sampai kedepan pintu JJ Alpha Angle tu... Bolih aje kalau nak jalan kaki, tapi M tu banyak sangat dalam badan sekarang ni he..he.. Ok, sampai kat JJ tadi ada 2 barang yang nak kak Intan cari satu seluar jeans dan satu lagi curtain lace yang kawan Kak Intan berkirim.... alhamdulillah apa yang kawan Kak Intan hajati ni ada pulak stok nya kat JJ tu, dapat la Kak Intan memenuhi impian kawan Kak Intan ni. Harap harap dia suka dengan apa yang dah Kak Intan belikan ni... Balik je kerumah tadi terus Kak Intan buka sarung nya, takut ada apa apa kecacatan nanti, kalau ada bolih juga tukar yang lain nanti... ishhh...ishhh bila bukak tengok coran nya bukan main cantek lagi dibahagian bawahnya, corak bunga rose sepokok sepokok.. Kak Intan pulak sama berkenan....he..he... nampak gaya nya kena terjah lagi JJ ni esok sbb berkenan sangat dengan corak nya ni...



Esok pagi kawan kak Intan ni kata nak datang ambil curtain lace ni dari Pahang sana... moga moga dia berpuas hati... insyaallah, Ok sampai disini dulu ya...jumpa lagi dilain entry... wassalam dan selamat bercuti hujung minggu...





















2 ulasan:

  1. salam,
    cantik rumah puan,sungguh kreativ macammana puan menghias rumah sebegitu cantik dlm ruang yg terhad..peti ais dan dapur gas puan letak bersebelahan...adakah impact merosakkan peti ais

    BalasPadam
  2. Kak Rosni..terima kasih...
    setakat ini dapor dan peti ais tu tak ada masaalah sebab saya jarang gunakan tungku sebelah peti ais tu...masak kat 2 tungku yg sebelah kanan tu aje...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...