06 Mei 2012

TERIMA KASIH SUDI ZIARAH KAK INTAN...

Assalamualaikum,
Ini kisah petang minggu semalam, Kak Intan terima kedatangan dua orang tetamu ini dari Bentong. Bukan nya pertama kali bertemu dengan Acik Ala (ikut nama dari FB) dia ni...orang sekarang kata A bukan nama sebenar he..he... dah 2-3 juga berjumpa dengan nya. Semalam Acik Ala datang dengan anak buah dia Angah. Lam menunggu dia sampai siap tidor baring baru dia sampai.

Acik Ala singgah rumah Kak Intan  masa balik dari shopping di SOGO KL semalam, mesti banyak barang barang yang dibeli tu ya Acik, dan Angah. Kesian nya masa diorang shopping semalam Acik Ala jadi mangsa penyeluk saku, dalam perjalanan nak keluar dari SOGO baru dia tersedar sling bag yang dipakai nya tu zip bag tu terbuka dan terasa ringan kata nya.
Apa pun Acik cepat2 buat polis report ...alhamdulillah nasib baik Acik dah asingkan semua duit2 yang dia keluarkan dari bank sebelum tu ketempat lain...jadi kecewa juga lah sipenyeluk saku tu...
Masa sampai kat rumah Kak Intan, Kak Intan hidangkan la dengan sedikit menu untuk minuman petang. Masak biasa2 sahaja goreng karipap dan juga kuey teow serta minum air fresh orange. Ok lah sampai disini dulu ya coretan Kak Intan hari ni...wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...