Assalamualaikum,
Selamat petang Jumaat , apa khabar semua dah beberapa hari tak letak entry diblog. Sibuk dengan kerja kerja rumah yang tak habis habis. Ini pun entry yang tertunda dah berapa lama Kak Intan pun dah lupa. Sebenar nya ini juadah minum petang semasa kawan kawan suami Kak Intan datang kerumah masa tu.
Kak Intan cukup suka dengan apam polkadot ni..pertama rasa nya kedua pula rupanya yang memang crak kegemaran Kak Intan selama ini. Ada pelbagai rasa dan juga pelbagai warna, kalau dihidangkan dengan set minuman yang berwarna putih menang tambah berseri dimeja makan tu , betul tak?
Apa pun waktu Kak Intan hidangkan juadah ni mereka semua nya suka dan teruja dengan apam polka dot ni. Terima kasih banyak2 pada orang yang kreatif mereka cipta juadah ini. Kanak kanak juga suka dengan nya ...bayangkan warna nya menarik minat untuk anak anak makan.Ok sampai disini dulu , wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan