Assalamualaikum,
Kali ni saja kak Intan nak kongsikan koleksi teko teko yang ada dalam simpanan Kak Intan, bukan nya saja saja buat koleksi tapi bila dikumpulkan dah banyak rupanya. Apa pun koleksi Kak Intan ni tak lah macam orang lain punya, semua koleksi2 ini yang murah2 dan mampu milik pada diri Kak Intan, macam yang diatas ni koleksi dari GIACOMO, Kak Intan suka teko ni bermotifkan bunga2 ala Inggeris.
Yang ini pun dari GIACOMO, mula mula tengok memang kak Intan tak minat, tapi dah lama lama tengok cantek pulak bentuk nya agak unik sikit kan.
Banyak banyak koleksi Kak Intan yang ini paling murah, beli dari KK Home Deco, suka dengan bentuk nya yang beralun dan juga putih polos.
Kalau nak tahu rasanya yang polkadot merah ni paling mahal setakat ini dalam koleksi Kak Intan , beli dari UK dari seorang kawan yang juga peminat teko ni.
Koleksi yang seterusnya ini Kak Intan dapat dari seorang kawan, dari program EG kalau tak salah tapi akak dah lupa siapa kawan blogger yang bagi teko ni.
Yang ini juga koleksi dari pemberian seorang kawan juga, kalau tak salah dari Hidawati Amin...
Ini pula koleksi dari Vantage...Kak Intan suka bentuk nya yang nampak montok ni. dan yang bawah ni koleksi teko Kak Intan yang paling tinggi. ada kawan Kak Intan kata teko ratu he...he... sesuka hati aje ya kasi nama nya..
Paling akhir sekali ni koleksi teko 3 dalam 1, ada piring cawan dan teko nya sekali , hadiah dari Kak Shida Shukor, salah seorang rakan FB Kak Intan, ada lagi yang belum di pamerkan disini... nanti senang2 kita cerita pasal koleksi teko ni lagi ya. ok wassalam, selamat malam buat semua nya.
Laaa kak intan ingatkan nak jual tadi
BalasPadamZures..he...he...tak jual la...koleksi yg seciput aje ni...buat main2 kat dapor tu he...he...
PadamAslmkum Kak Intan.
BalasPadamMemang cantik teko2 tu kak.Sue ni minat juga nak kumpul benda2 mcm tu, tapi bila fikir mana la nak letak..lupa kan ja la..Heeee..Lg pun, paham..tuan punya diri ni bukannya rajin beno pun nak menjaganya..hihihiii..
Sue...
Padamakak ni pun kan kumpul secara tak sengaja... he.he... tengok kengkawan punya koleksi lagi lah malatopsssss...
wahhh kak intan, sy terus jatuh cinta dgn website akak ni. tpi kan kak, mane ek nak cari cotton lace tu semua?
BalasPadamterima kasih...
Padamcotton lace tu kalau nak cari dikedai2 yang menjual perkakas jahitan atau pun kedai kedai yg menjual barang2 hiasan untuk hantaran pengantin