24 Jun 2012

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK MIMIE DITAMAN DAHLIA SEPANG...

 Assalamualaikum, 
Selamat bercuti hujung minggu buat semua kawan kawan blogger, apa khabar? Kemana agak nya cuti cuti hujung minggu ini? Kak Intan dan suami serta seorang kawan baru sahaja balik dari Bandar SAlah Tinggi Sepang menghadiri perkahwinan anak seorang rakan blogger juga.
 Kali ini Mimieloma (Blogger SURIRUMAH IT) mengadakan majlis perkahwinan anak lelaki nya yang kedua bertempat dirumah nya diTaman Dahlia, Bandar Salak Tinggi Sepang.
 Kak Intan dan suami pergi bersama dengan July Anna, seorang lagi rakan FB, kami sampai agak awal juga, 12 tengahari dah tiba depan rumah pengantin lelaki. Sampai sana terus aje menikmati hidangan yang disediakan.
  Masa tengah sedap makan Sharifah Noorhudza sampai bersama sama suami dan anak nya Aiza.
  Pasangan pengantin sampai waktu kami sedang menjamu selera. Sedap sedap semuanya termasuk bubur kacang berdurian, laksa, serta kuih muih tradisional Melayu, koleh kacang, lapis cendol, dan juga kuih bakar (Kuih Bombay).

Lepas makan masa nak pulang sempat juga bertemu dengan Anita Marzuki (blogger MAMAKITER) bersama anak perempuan nya. 

Sempat la sembang2 dengan Anita sekejap sebab dah lama juga kami tak jumpa, MAMAKITER (Anita Marzuki) adalah adik ipar kepada Mimieloma 
  Lebih kurang jam 2 petang Kak Intan, suami dan Ju beredar balik semula keKL, ada lagi satu majlis yang patut dihadiri. Ok sampai disini dulu ya...nanti kita sambung ceria lagi Wassalam...

2 ulasan:

  1. Dekat ngan umah akak ipar saya kak intan... dekat jugak dah ngan umah saya.... :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...