27 Julai 2012

BERKEMAS LAGI... TUKAR SIKIT2 AJE...

 Assalamualaikum,
Semalam sambil sambil buat kerja rumah Kak Intan beransur ansur sikit sikit memakeupkan bilik anak bujang Kak Intan ni, tak tukar apa pun yang lama masih elok dan bolih pakai Kak Intan gunakan lagi.

Apa yang Kak Intan tukar? Cuma cadar diorang ni sahaja yang ditukarkan , yang lama tu dah lusoh sangat, tapi masih menggunakan warna yang sama - purple putih. Ini memang warna kegemaran Kak Intan.
 Yang lain tu semuanya lama lama..ooo ye romand blind ni pun baru buat juga, tapi rasa macam gelap pulak bilik ni bila pakai curtain warna ni kan. Silap silap esok Kak Intan pindah kan kebilik sebelah tu romand blind ni.
 Tak pun tukar aje lace warna putih nak kasi cerah sikit bilik ni, risau betul kalau bilik gelap gelap ni. Nampak nya nak kena punggah almari lagi tukar curtain putih pulak nanti...tak apa lah tunggu dekat dekat nak raya nanti lahhhh.

Sarong kusyen ni pun baru buat juga, mesti ramai yang tahu kan, kain nya tu dari napkin POTMERION, tapi memang cantek bila dah dijadikan sarong kusyen macam ni.

Bilik orang bujang tak perlu banyak hiasan rasanya...letak sikit sikit aje dah cukup.

Kebetulan stok bunga purple ni ada, dulu letak kat luar...sekarang pindah kan kat sini pula. Siap basuh, dan jemur kering kering terus masukkan dalam vase tu, tak bayah beli dah vase pun dah sedia ada.


Ok lah layan dulu gambar2 Kak Intan ni...Kak Intan pun ada urusan lain nak diselesaikan, jumpa lagi dilain entry wassalam...selamat berpuasa kepada anda semua yang berugama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...