04 Ogos 2012

JALAN JALAN DIKEDAI NANI SAADUN BANYAK BETUL YG KAK INTAN SUKA...


Assalamualaikum,
Selamat berpuasa dan selamat bercuti hujung minggu.Apa agak nya aktiviti hari ni? menjahit ke untuk buat persiapan sambutan 1 Syawal atau pun membakar biskut raya? Maklumlah sesetengah negeri akan bercuti 3 hari bermula semalam sampailah hari Isnin esok sebab sambutan Nuzul Quran. Apa pun pada semua umat Islam memang digalakkan untuk membuat persiapan ini tapi bak kata Ustaz dalam kuliah Subuh nya pagi tadi berpada pada lah dalam membuat persediaan ini. Apa yang perlu katanya perbanyak kan lah amalan dibulan Ramadhan ini seolah olah kita tak akan bertemu lagi di Ramadhan yang akan datang - syahdu aje suara Ustaz tu tadi menyampaikan kuliah nya. Lagi satu katanya kalau bolih banyak kan lah bersolat dan memohon doa disebelah malam hari terutama di kesepuluh malam terakhir nanti moga amalan kita akan bertambah tambah lagi pahala nya dimalam tersebut dan semoga kita semua akan diketemukan dengan malam yang ditunggu2 olih semua umat Islam ya itu Malam Lailatul Qadar... alahai berceramah pulak akak kali ni...akak cuma menyampaikan saja apa yg Ustaz tu sampaikan pagi tadi...alhamdulillah...

Hu..huuu...kita berbalik pada persiapan menyambut Syawal tadi pasti ramai yg tengah buat persiapan kan sekarang ni...ramai yg tengah tercari cari apa la patern langsir tahun ni apa lah pula warna yg nak digunakan... jummm kita share dengan Iman Home Deco ni... akak cukup suka dengan patern2 langsir yang dia pamerkan ni... mana tau kalau ada yang nak menepah bolih la jumpa dia kedai nya. Ada 2 kedai Nani ni satu diAlam Damai dan satu lagi diBandar Tun Hussin Onn Cheras...

Bolih juga contact dia melalui FB Nani disini... http://www.facebook.com/yourimanhomedecor (IMAN HOME DECOR)...Talifon No  03-90741566 , Handphone  019-3423024.





4 ulasan:

  1. Kak! Dekat dah tu dgn rmh sue. Heeee. . Cantik2 la langsir dia. Byk idea ble dapat ni. Heeee

    BalasPadam
  2. Salam Kak Intan...
    Akak lah yang untung sebab pandai menjahit....tengok contoh aje, dah boleh buat...macam saya ni...semuanya kena bayar...tahun ni langsir rumah saya tak berganti sebab yang tahun lepas masih elok lagi...kan kena berjimattt...he..he..

    BalasPadam
  3. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...