08 September 2012

BERSAMA ANJUNG SERI DISELERO NOGORI, PERSIARAN GURNEY.

 Assalamualaikum,
Khamis lepas Kak Intan diundang keRestoren Selero Nogori diPersiaran Gurney, yang terletak tidak jauh dari Wisma Felda olih pihak Anjung Seri. Terima kasih berbanyak banyak pihak Anjung Seri dan juga crew nya semua, Rashidah Ibrahim dan juga Onlia Mohd Dom. Ini kali kedua Kak Intan  dijemput sama bagi memeriah kan Sembang Santai bersama mereka. Selain Kak Intan ada juga beberapa kawan lain yang dijemput sama termasuk Ida yang terkenal dengan kelas kelas baking nya , Kak Rosni dari DBKL dan juga bebberapa orang lagi rakan dari Gombak. Alhamdulillah sambil2 duduk berbincang petang tu kami disajikan dengan hidangan tengahari.

Lupa pulak nak suruh sijurugambar Kak Intan tu fokuskan lauk pauk yang mereka hidangkan petang tu, tapi semua nya citarasa Minangkabau/Negeri Sembilan antara nya pucuk ubi rebus dengan sambal belacan, sayur pucuk kayu dengan tempoyak, ikan keli goreng, dan macam macam lagi...
  Selain dari makanan nya yang sedap2 didalam restoran ini juga mengumpul barang barang lama untuk dijual. Seronok dapat menjamu mata disitu dengan barang barang lama yg satu masa dulu ada antara nya juga pernah ibu dan ayah Kak Intan miliki. Agak nya kalau yang datang tu memang peminat tegar barang barang antik mesti mereka ni seronok kesitu. Antara nya pinggan mangkok bunga kangkung dalam almari tu....
  Ini lah antara kawan kawan yang datang petang tu...seronok dapat bertemu dan berkenal mesra dengan mereka semua petang tu...masing masing  ada kelebihan mereka semua.
  Inilah pemilik restoran tersebut, masih muda belia, lebih kurang sebaya dengan anak bujang Kak Intan juga.

Posing dengan tv lama....masih ingat lagi dulu2 tv nya kecik aje tapi....tengok la cover nya tu he..he...sekarang ramai yg jadikan kotak nya tu sebagai tempat akuarium...mesti ada yg buat kan.
 Kipas ini masih dalam keadaan elok lagi terjaga.


Pelbagai jenis lampu pelita....


Alat untuk memainkan piring hitam.


Kerusi kerusi ni masih mendapat sambutan hangat lagi masakini.


Radio dan juga tv....satu masa dulu ini lah juga radio yg arwah ayah beli tapi tak tahu entah mana pergi nya sekarang


Jam dan telefon lama.

Lampu keretapi...

Jam dinding berbagai bentuk.
Pendek kata macam macam barang antik ada disini. Bolih mengimbau kenangan lama kalau datang situ melihat nya...Ok lah sampai disini dulu ya... Kak Intan nak siapkan sarapan pagi sekejap...jumpa lagi dilain entry ya, wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...