22 September 2012

FINALIS HERO REMAJA 2012

 Assalamualaikum
Tengahari semalam Kak Intan dan family keDewan MCA Jln Ampang bersama sama dengan Kak Hidayah Yusoff bagi memenuhi undangan Yang Othman dan keluarga untuk menyaksikan Finalis Hero Remaja 2012. Salah seorang anak Yang Othman terpilih dalam finalis tersebut...alhamdulillah.

Masuk saja keperkarangan Dewan MCA tersebut dah nampak kereta ni...dan dah dapat agak dah siapa pengacara nya... cuba teka siapa? he..he... saja je suka suka..

Bila masuk kedewan tersebut ditingkat 2 dan 3 dah nampak dah gambar2 poster  yang menjadi finalis nya...dan ini lah orang yang Kak Intan dan Kak Hidayah support..Azfar nama nya...

Sebelum acara bermula..persiapan terakhir kami lakukan bersama...seronok tengok family Yang Othman bekerjasama hari tu membuat persiapan...masing masing tahu dengan tugas masing masing apa yg perlu dibuat.
 Tengok gambar ni dah macam ada pertandingan buat poster pulak nya he..he...

Antara penyokong penyokong Azfar juga adalah pelajar pelajar tempat Azfar belajar dulu iaitu SSBJ.

Antara persembahan pertama petang semalam iaitu acara pengenalan diri peserta HERO REMAJA..
Pengacara petang itu....Awal Ashaari




Azfar dengan gaya sendiiri...menggayakan pakaian dari SUPER HERO


Inilah antara hadiah2 ditempat yang pertama..ada hadiah hadiah lain lagi yg mengiringinya.

Antara juri petang itu Aznil Hj Nawawi dan juga Era Fazira.

Finalis dengan fashion designer masing masing..

Penyokong 2 kuat Azfar petang tu kedua ibu bapa nya... saudara mara, dan juga kawan kawan.
 Tahniah Azfar sebagai finalis paling favourite... sebelah Azfar pula finalis paling macho...muka nya iras2 Fahrin Ahmad.
 Tahniah juga buat Kak Fauziah Othman... sebab jadi pemenang paling banyak vote..wahhh bergaya kak Fauziah dengan Samsung Galaxy Tab yang dimenangi petang tu.


 Apapun tahniah buat semua finalis Remaja...kalah menang adat bertanding..pada yg menang tahniah diucapkan dan pada yang kalah bolih mencuba lagi...mungkin ada rezeki dilain hari pula...insyaallah...sampai disini dulu cerita Kak Intan ..wassalam.



1 ulasan:

  1. Bagus laa bagi sokongan moral....
    Tp mcm mana ye tgk pertandingan utk orang lelaki ni?? hehe..kak intan leh teka2 jgk tak sapa yg leh menang?? hehe..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...