15 September 2012

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU DIDEWAN JUBLI PERAK, BANGUNAN SULTAN SALAHUDIN ABD AZIZ SHAH. SHAH ALAM.


Assalamualaikum,
Bertemu lagi dihari cuti hujung hujung minggu ini...apa khabar semua? Harap harap semua geng2 blogger sihat sihat semuanya?. Hari ni rasa nya ramai lagi buat majlis rumah terbuka sempena hari raya Aidilfitri. Ada beberapa jemputan yang Kak Intan terima dari saudara mara dan juga kawan kawan sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor. Selain buat rumah terbuka ada juga yang buat majlis perkahwinan dan juga kenduri untuk berangkat keTanah suci Mekah bagi menunaikan fardhu Haji.
 Sabtu semalam sempat juga Kak Intan dan keluarga menghadiri majlis resepsi anak saudara sepupu suami Kak Intan diBangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam. Ianya diadakan diDewan Jubli Perak. Tema hari tu peach dan cream, cantek sangat Kak Intan memang suka dengan warna warna ni, begitu juga dengan pelamin ala taman nya dengan tema purple..
 
Sambil sambil meraikan majlis perkahwinan dapat juga meraikan hari raya Aidilfitri,  dan dapat juga meluangkan masa bertemu kawan kawan dan sanak saudara dihari itu.

Ok pasangan pengan pula mengenakan songket berwarna cream, cantek sangat petang tu nampak simple tapi bergaya...Kak Intan doakan semoga pasangan ini Syamsul Kamar dan juga Puteri Nur Dayana, kekal bahagia hingga akhir hayat dan moga rumah tangga yang dibina juga diberkati Allah dunia dan akhirat. Wassalam



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...