02 Oktober 2012

HARIAN METRO 2 OKTOBER.. KAKINTAN DAN KOLEKSI

Assalamualaikum...
Selamat bertemu kembali...dah agak lama tak letak entry baru disini. Macam tak cukup masa aje sekarang ni, tak tahu apa yang buat Kak Intan ni sibuk selalu he..he... Tapi betul lah, surirumah tangga biasa nya kerja tak pernah habis sampai la tutup mata sebelah malam nanti. Apa pun kali ini Kak Intan nak kongsikan juga aktiviti Kak Intan dalam sibuk sibuk setiap hari tu. Minggu sudah Kak Intan mula nya dapat mesej dari seseorang, kata nya nak jumpa Kak Intan nak sembang2 sikit tentang hiasan disudut sudut rumah Kak Intan ni. Kak Intan pun bersetuju dengan waktu yang telah beliau tetapkan iaitu pada hari Jumaat lepas. Geng dari HARIAN METRO datang berkunjung kerumah Kak Intan seramai 3 orang untuk mengadakan photo shoot.

Mula nya nak shoot tentang bunga bunga yang ada disudut yang Kak Intan tanam diberanda rumah Kak Intan...memandang kan pokok2 tersebut banyak yang dah berubah beralih pula kepada koleksi yang menjadi minat Kak Intan sekarang iaitu koleksi polkadot. Nak kata banyak koleksi ni tak la banyak sangat tapi ada lah buat penghibur hati bak kata orang... Sebahagian dari koleksi Kak Intan ini adalah hadiah dari kawan kawan yang mengetahui tentang minat Kak Intan dengan polkadot ni...tak semuanya dipaparkan disini hanya sebahagian sahaja.
Antara yang dipaparkan ini lah dia nya... mug, teko, mangkuk sup dan juga beberapa biji pinggan yang sering Kak Intan gunakan dalam hidangan setiap hari dimeja makan. Gambar dibawah adalah disebalik tabir pengambaran tersebut. Inilah pasangan suami isteri yang bekerjasama pada hari tersebut iaitu Kusyi Hirdan dan juga suami nya.


Suami Kak Intan juga turut sama menolong dalam pengambaran tersebut...  terima kasih banyak banyak Kak Intan ucapkan kepada ketiga tiga crew Harian Metro yg datang pada hari itu. Kak Intan juga rasa seronok dapat berkongsi minat dengan kawan kawan lain disini..jauh sekali niat untuk menunjuk2. 
Ok layan dulu gambar2 ni ya...wassalam.

18 ulasan:

  1. tahniah kak intan...masuk paper...

    BalasPadam
  2. leh masuk rancangan obsesi kat tv9 jgk ni..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alona CintamaniszLite..
      Sekadar berkongsi minat dgn koleksi polkadot.

      Padam
  3. Salam kak intan...wahhh suka nyer tgok koleksi2 kak tu...mcm2 ade..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sury_ masury..
      koleksi yg seciput tapi jadikesayangan.

      Padam
  4. kak intan.. sy da tgk lam metro.. hehe.. nnt nak masukkan lam entry blog sy ;)

    BalasPadam
  5. Perghh kak intannnnn.........tahniahh!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Mat Gebu..
      Mat Gebu pun apa kurang nya....

      Padam
  6. Asslmkum Kak Intan.
    Tahniah!..sue pun berkenan dgn koleksi polka dot akak tu... cantik tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Sue... koleksi yg murah2 aje ni Sue...

      Padam
  7. salma K.Intan.Tahniah!Tak beli la pulak paper Metro date aritu:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikum salam Azatie...
      terima kasih kat sini pun ada artikel nya...
      http://www.hmetro.com.my/articles/Pingganmangkukpolkadot/Article#.UGooDm_72hU.facebook

      Padam
  8. Seronoknya akak!!!..majalah sudah...sekarang masuk paper pulak....saya tumpang gembira akak..:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...