11 November 2012

SIAPKAN CURTAIN DIRUMAH JIRAN LAMA...


Assalamualaikum
Apa khabar semua geng blogger disini...selamat pagi ...dah sarapan ke...mesti ramai yang sibuk pagi2 ini dikalangan blogger2 surirumah tangga macam Kak Intan ini..maklumlah cuti sekolah kan, banyak yang harus disediakan pepagi ni terutama nya sarapan pagi. Kak Intan dah siap pun sarapan pagi ni...ala kadar sahaja , buat lapik perut sebelum makan tengahari nanti.

 Dah lama tak berceloteh disini, semalam pepagi lagi Kak Intan dah keluar rumah menuju keApartment Pandan Mesra diAmpang. Bukan apa tujuan utama nak memasang curtain yang dah siap dijahit kerumah seorang kawan yang dulunya jiran lama Kak Intan. Tiap kali nak sambut Deepavali ada aje yg dia tempah dengan Kak Intan suruh jahitkan. Kali ni buatkan curtain untuk dia pula...inilah hasil nya yang dah Kak Intan siapkan untuk diruang tamu nya. Design biasa2 aje..cepat dijahit cepat dipasang he..he...




Yang ini pula untuk ruangan dapor rumah Chithra.


Dah pasang curtain ni nampak sesuai pulak dengan dapor Chithra ni yang kabinet nya berwarna choklat gelap.

Ini pula ruang menuju kebilik sembahyang Chithra dan juga bilik Chitra sendiri serta bilik tetamunya. Chithra minta jahitkan guna kain lace aje area sini sebab kawasan ni agak sempit danmemang sesuai dengan lac yang digunakan. Corak lace tu pulak memang cantek sangat, Chithra beli kain kain ni semua nya diKAMDAR Jalan TAR berdepan dengan panggung wayang Coliseum tu..

Dah siap pasang kawasan ni nampak luas pula..mungkin Chitra gunakan kain yg nipis dan cahaya masih bolih masuk...tapi memang cantek dah laluan ni...cuma pada pendapat Kak Intan Chithra kena letak lampu gantung atau pun lampu dinding dilaluan tersebut bagi menaikan lagi "serinya" he..he...

Nak masuk laluan tersebut Chithra suruh kak Intan gantungkan yang ini pula..ermmm...ok la tu sebab Chitra pun duduk sendirian jadi tak ada siapa yang akan tarik2 benang tu nanti...he..he... selalu nya anak2 kecil memang suka ni ...

Pandangan keseluruhan diruang tamu rumah Chithra , belum siap sepenuh nya dihias... apa pun lampu yg Chithra baru pasang tu pun memang sesuai diletakan disitu.


Eheh...kenapa pulak senyum sorang2 ni...ooo layan tv cerita Hindustan rupanya En.Suami kak Intan ni...sambil2 menunggu Kak Intan siapkan pemasangan curtain pagi semalam..ok lah sampai disini dulu...lain kali kita cerita2 lagi ekkk...wassalam..




6 ulasan:

  1. amboiii.. sweet betul curtain tu.. kemas lak tu.. langsir kat umah kita bila la nak tukar.. nak bunga2 plak kali ni.. hmmmm

    BalasPadam
  2. JassNani..tukar jangan tak tukar sekarang kain2 pun banyak yg tengah sale ni...

    BalasPadam
  3. Mesti jahitan Kak Intan cantik sebeb itu walau dah berjauhan dia masih nak suruh Kak Intan jahitkan. Mata kakak tengok pun cantik.

    BalasPadam
  4. Salam akak...
    sayapun teringin nak suruh akak jahitkan langsir...saya tengok langsir yang akak jahit semuanya cantik-cantik....:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikum salam azi..
      alahai segan la pulak nya..tak la pandai sangat tapi kalau untuk rumah sendiri tu bolih la...

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...