Tak lama lepas tu jumpa pula dengan Rusni Mustapha yang datang jauh dari Kuantan. Selalu tengok gambar aje diFacebook he..he... kali ni siap duduk sembang kat atas pentas tu ha..ha...
Yang ni pula Ayu Damansara Ayu Yusof dari Kota Damansara, duduk tak la jauh mana tapi tak pernah jumpa pun kan Ayu...
Akhirnya dapat juga jumpa dengan Kak Zu ni (Zuraidah Malik) dari Kota Kinabalu..jauh kak Zu datang terbang nun dari Sabah tu...selama ni selalu chatting dengan kak Zu pasal pinggan mangkuk polkadot aje..sebab kak Zu ni pun peminat barang2 polkadot juga. Uissshhh peramah betul Kak Zu...seronok dapat berbual dengan dia.
He..he... ni sessi bergambar dengan barang barang lama...dah macam era 60han kalau diperhatikan. Rasa macam tinggal dikampong zaman kanak2 dulu kan.
Kali ni pula dengan Anis Zuraini, Anis dari Kelang rasa nya tapi jarang jumpa....peminat tegar barang2 antik juga mi.
Rina Casarina datang dari Melaka, seronok tengok Rina yang juga seorang guru memborong pinggan mangkok anti hari tu. Rina juga sangat peramah, rasa dah bertahun kenal dengan Rina ni, kata nya dia selalu juga skodeng blog Kak Intan ni...he..he...apa pun terima kasih banyak banyak ya Rina sudi kenal2 dengan Kak Intan.
Dari pagi menunggu Ezan Ar ni dia tinggal tak jauh dari Anggerik Mall tapi dek kesihatan yg tak mengizinkan dia datang agak lambat sikit hari tu...apa pun Kak Intan lega sebab barang yang dijanjikan dengan Ezan hari tu dah dapat diserahkan pada Ezan harap harap Ezan suka ekkkk?
Yang ini pula gambar Mak Jah dengan Dinda English Decor , Kak Intan dah lupa nama nya yang sebenar. Dinda datang dari Kajang aje..sekejap je pun Dinda ni singgah kemajlis tersebut.
Bergambar beramai ramai dengan Admin hari tu En Taj Firdaus(berbaju belang biru putih) , Yang Othman, Zuraidah Malik, Nani Zuraini, Mak Jah, Ayu Damansara Ayu Yusof dan juga Roslina Lina dari Bangi.
Pertama kali bertemu muka dengan Roslina Lina.. Lina peminat antik dan juga English.dia datang dengan 2 anak bujang nya.
Yang Othman ni sapa tak kenal...secara mendadak aje dah jadi peminat antik tegar terutama peminat teko yg berbentuk Aladin...aduyai Kak Yang dah bersusun ya Kak Yang punya koleksi...gerammmm aje Kak Intan tengok tau...
Ok setakat ini dulu kisah kawan kawan yg sempat Kak Intan temui...ada lagi sebenar nya tapi tak sempat nak ambil gambar kesemua nya hari tu.. he...he... jumpa lagi dilain entry..wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan