Selamat petang pada semua teman teman blogger disini. Dah makan tengahari ke? Sambil sambil layan anak anak tadi sempat juga Kak Intan menyiapkan kraftangan yang tak seberapa nya ini. Paling penting cantek dan senang nak buat. Ianya dibuat dari doily lace aje...kraft tangan ni Kak Intan dapat idea dari seorang kawan yg tinggal diseberang Tambak Johor sana. Memang banyak idea yang beliau selalu share kan disini terima kasih banyak banyak kepada kawan Kak Intan tu.
Doily lace ni dah lama Kak Intan beli dari seorang kawan... harga nya bolih tahan la juga...sebelum ni Kak Intan buat display diatas2 almari dan juga didalam almari.... bila dah terasa jemu Kak Intan basuh dan simpan elok2. Kali ni bila dah dapat idea dari kawan Kak Intan tu cepat2 Kak Intan merialisasikan nya. Memang sesuai sangat bila dah siap diframekan digantung kan pula ditempat2 yang sesuai.
Yang 4 persegi ni pula cuma ada sehelai sahaja...memang tak pernah Kak Intan gunakan langsung..alhamdulillah lepas ni bolih la digantungkan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan