13 Mac 2013

JALAN JALAN KEAMCORP MALL...

 Assalamualaikum
Selamat pagi pada semua kawan kawan geng blogger disini, apa khabar agak nya? Dah lama tak masuk sini, banyak aktiviti sejak kebelakangan ini. Apa pun Kak Intan harap semua kawan kawan disini sihat sihat belaka. Kali ini Kak Intan nak sharekan bersama aktiviti Kak Intan pada pagi Ahad minggu lepas, sambil cari sarapan pagi Kak Intan dan suami terus ke Amcorp Mall. Dah lama sebenar nya tak kesitu, bukan nya apa kalau kesitu kocek kena betul betul ada isi sebab bila kesana jadi rambang mata dengan barang2 garaj sale. 
 Memang betul rupanya lepas saja sarapan pagi ditingkat bawah, Kak Intan naik ketingkat paling atas, wauuuuu...terpandang kat satu sudut tu ada sepasang suami isteri sedang menyusun barang barang kegemaran Kak Intan, masa kami datang dekat aduyai macam macam barang yang dia jual, kebetulan katanya baru seminggu dia disitu jadi ramai orang tak tahu tentang kewujudan nya disitu, kalau ramai yang tahu pasti barang2 jualan nya cepat aje laku. Kesemua barang yang dibawanya adalah terdiri dari set2 pinggan mangkok English style..ermmmm mesti ramai yang berminat kan. Hari tu yang paling best dia jual set dinner Johnson Brothers dengan harga $280/= murah kan?...siapa yang tak nak beli...


Jam ni pun harga nya $80/= sahaja, ada bermacam macam lagi seperti pinggan untuk digantung, pasu2 jam2 vintage pun ada. Semua barang barang tersebut dibelinya dari United Kingdom sewaktu beliau belajar disana katanya.

Ok layan dulu gambar gambar ni, buat cuci cuci mata, he...he...nanti kita jumpa lagi dientry yg seterusnya...wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...