Apa khabar semua nya geng geng blogger disini, sudah 2 minggu kita semua menjalani ibadah puasa, rasa macam agak sibuk hari hari sejak akhir akhir ini menyiapkan pelbagai tempahan dari kawan kawan yg sama sama akan menyambut hari raya tidak lama lagi. sebab tu tak ada entry entry baru sempat kak Intan letakkan disini. apa pun pada semua kawan kawan yang selalu singgah disini Kak Intan mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi yang akan menjelang tiba.
Apa pun sebelum datang nya bulan Ramadhan tempohari Kak Intan dan suami meluangkan sedikit masa pada cuti hujung minggu menziarahi kubur kedua orang tua suami diGombak, ada masa terluang kami kesini membersihkan kubur kubur mereka di Tanah Perkuburan Islam Kg Puah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan