23 Julai 2013

HUJUNG MINGGU DIGERAI LINA BAHARI BERSAMA JULIA OTHMAN.

 Assalamualaikum,
Nak share lagi la pasal nak sambut hariraya ni, he...he...ingat tadi nak stop sekejap berblog nak sambung menjahit, tapi bila terpandang gambar2 ni tadi dalam Ipad Kak Intan terus nak sharekan kat sini, mana la tahu ada kawan kawan lain yang tengah nak cari gubahan gubahan bunga nak hias dalam rumah pada hari raya nanti. Hujung minggu lepas kak Intan jumpa geng blogger Julia digerai Lina Bahari (dalam gambar diatas ni). Lina Bahari ni ada gerai jual bunga betul betul barisan depan di Alpha Angle Wangsa Maju.

Ini antara bunga bunga jualan nya yang dah siap digubahnya. Masih banyak lagi bunga bunga gubahan nya disitu,tapi satu nia ajer yang sempat Kak Intan snap masa tu..

He..he.. ni la geng FB yang Kak Intan jumpa hari tu, Julia Othman, Ju pun datang tempah bunga juga dengan Lina. tuuuuu... cuba tengok bunga si Ju ni punya yang dah siap sepasu besauuu lagi, hijau putih gitu... cantek kan siLina yang gubahkan. Sekejap aje Lina buat dalam pot pet pot pet kami sembang tengok tengok bunga dah siap...he..he. bertambah lawalah rumah Julia kita raya ni dengan bunga bunga gubahan Lina ni...fuhhhhh jeles akakkkkk kik...kikkkk Ju, gurau gurau ya.
So nanti kalau ada sapa sapa nanti yang nak dapat kan gubahan bunga untuk hari raya ni bolih lah datang kegerai Lina ya... wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...