08 September 2013

HARI RAYA KE3 MENJENGOK KEKAMPONG HALAMAN.

 Assalamualaikum,
Bercerita pasal raya lagi kali ini hari ketiga hari raya, Balik dari Batu Pahat malam tu, segala kerja kerja rumah yg ditinggalkan pun dah siap dibereskan, terutama nya membasuh segala pakaian pakaian yg dibawa.Paginya suasana diKL ni masih sunyi sepi lagi , jiran kiri kanan juga rumah rumah mereka masih kosong ditinggalkan mereka balik kampong. Huwahhhh....rasa bosan ya amat waktu tu, nak kerumah kawan kawan pun mereka masih lagi bercuti raya. Tak tahu mana nak tuju, suami Kak Intan kata packing je kain baju lebih kurang jummmm kita balik kampong Kak Intan sekejap.... jengah adik beradik dikampong pula diTeluk Intan. Kalau balik kampong ini lah kawasan2 yg mesti dilalui iaitu kawasan sawah padi diChuichak, seronok kalau lalu disini, nampak macam lalu disebuah kawasan carpet yg besar bewarna hijau. Saujana mata memandang. Sesekali ada juga nampak rumah rumah penternak burung walid ni
  Dah hampir nak hampir kul 6 petang baru kami sampai dikampung Parit 5 Chenderong Balai Teluk Intan, mana tak nya macam2 tempat kami singgah... sunyi sepi sampai dirumah peninggalan arwah emak/ayah. Tak ada sesiapa yg menyambut kepulangan kami lagi berbanding dengan 3 tahun lepas, waktu itu arwah emak masih ada lagi. Sayu mula terasa dihati waktu ini... sebenar nya masih ada seorang adik bujang Kak Intan yg tinggal menjaga rumah pusaka ini, tapi petang tu ada majlis sambutan Hari Raya didewan kampong ni jadi dia kesana sama sama meraikan nya.

Apa pun syukur alhamdulillah, masih ada kampong, masih lagi ada rumah untuk Kak Intan sekeluarga hendak bermalam sekiranya sesekali Kak Intan dan keluarga balik kesini. Dibahagian belakang rumah tu juga ada sepokok dua pokok2 durian, rambutan , manggis dan cempedak peninggalan arwah ayah/emak yg mereka tanam semasa mereka masih ada. Selebih nya ada lah kawasan sawah padi. 

3 Tahun yg lepas berturut turut, semenjak emak pergi Kak Intan sekeluarga menyambut hari raya dirumah ini. Hari Raya kedua kesemua adik beradik sebelah Kak Intan membawa keluarga masing masing berkumpul dirumah ini untuk mengadakan majlis tahlil arwah, kami semua masing masing sama sama memasak menu yg dirancang, tahun ni sedikit berubah , apa pun tradisi majlis tahlil arwah masih diteruskan juga alhamdulillah, walau pun Kak Intan sekeluarga tak balik.
 
Dah dapat balik dan dapat jenguk sekejap pun jadilah.... esok esok ada masa bolih balik lagi kan...bak kata orang walau pun ianya jauh dimata tapi rasa dekat dihati.... teringat juga nak jumpa kawan kawan lama masa zaman zaman kecil dulu tapi apa kan daya mungkin mereka juga ada ditempat lain beraya dengan keluarga masing2 insyaallah moga satu hari kami akan bertemu juga.
Dari kampong halaman sendiri peang tu sebelum Maghrib kami sekeluarga menziarahi pula adik beradik yg lain , mereka tinggal dikawasan kawasan berdekatan situ juga,ok nanti kita sambung dilain entry ya...wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...