28 November 2013

ASAM PEDAS IKAN SALMON DAN SAYUR CAP CAI.

 Assalamualaikum,
Selamat pagi Jumaat, apa khabar semua? Dah lama sangat tak letak entry entry baru . Rasa macam tak cukup masa akhir akhir ini. Macam macam perkara yang nak diselesaikan sebulan dua ini..apa pun alhamdulillah selesai sudah satu persatu. Tak ada apa cerita yang nak dikongsikan kali ini cuma menu beberapa minggu yang lepas, Kak Intan cuba cuba masak ikan salmon asam pedas.
 Wah...... pertama kali masak ikan salmon macam ni memang sedap selalu nya masak grill sahaja, rupa rupa nya memang sedap, belum cuba belum tahu kan he...he... masak asam pedas macam juga ikan ikan yang lain tu, Kak Intan cuma tambahkan dengan tomato yang kecil2 comel tu. Berselera tengahari tu makan nasi, ditambah lagi dengan telor masin yang direbus...adoyaiiii...

 
Sayur nya pula sayur campur yang ditumis memang berselera lah jawab nya , kalau dah ada sayur, asam pedas ikan, telor masin kena tambah lagi satu menu pembuka selera, apa lagi kalau bukan sambal belacan , betul tak, bukan setakat tambah sepinggan mau bertambah berpinggan2 kalau makan beramai ramai. Ok lah sampai disini cerita menu Kak Intan pagi ni he...he... mana tau ada yang tengah cari idea apa nak masak hari ni, bolih la kepasar cari bahan yang dimasak nanti. Ok nanti kita sambung cerita lain pula wassalam. Jumpa lagi dientry yang lain pula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...