Jumpa lagi pagi ni.... sambil sambil tunggu mesin basuh duk memutar kain kain kat dalam nya tuh, Kak Intan sambung cerita tentang makan makan pula. Kali ni Kak Intan dan suami menjamu selera bersama sepupu suami diFLORA CAFE, AMPWALK , Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Memang seronok menjamu selera disini dengan suasana nya yang santai, tempat pula cantek dan tak sibuk macam restoran2 lain yang orang ramai berkunjung tak putus putus. Lebih menyeronokkan bila meja meja makan nya dihias cantek macam didalam gambar dibawah ni.
Mana tidak nya kalau setakat nak meraikan hari lahir orang tersayang , meja yang dihidangkan makanan yang sedap sedap dan dan dihias cantek macam ni mesti ramai yang suka kan nya kan... siap dengan kelopak kelopak bunga rose segar dan juga kuntuman kuntuman bunga rose mesti kita pun tak nak lepaskan peluang. Paling best makanan makanan nya juga bercitarasa kampung antara nya yang selalu Kak Intan order ialah Laksa Johor, Mee Kari, Char Kuew Teow, cucur udang untuk minum petang desert nya pula Puding Sagu gula Melaka dan bermacam macam lagi.
Selalu nya order paling peberet Kak Intan order epal asam boi atau pun sirap bandung selasih yang tak ada diBandung he..he...
Kalau setakat nak makan berdua dalam keadaan romantik romantik macam ni kata pengurus nya bila bila masa pun bolih.... cuma katanya kena bagitahu awal sebab senang diorang buat persiapan . Charge yang dikenakan pun tak la semahal mana, berbanding kalau kita makan dihotel hotel hotel yang ada bintang bintang tu...he...he...
Ni kami posing sana posing sini sambil sambil menunggu makanan sampai petang tu, antara yang kami order, Mee Bandung, Mee Kari, Kuew Teow Bandung, Ubi rebus cicah sambal Tumis, Sotong Kangkung air nya pula, Sirap selasih, epal asam boi dan juga teh ais.. ok sapa sapa nak cuba bolih la juga pergi kesana. memang best , Kak Intan berani rekomen..he..he.. ok Wassalam..jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan