23 Januari 2014

MAKAN MAKAN D'LALA SEAFOOD TOMYAM.


 Assalamualaikum,
Bagi meraikan kawan kawan dan saudara mara yang bekerja keras sewaktu mengadakan majlis perkahwinan anakanda Kak Intan tempohari, Kak Intan dan suami menjemput mereka makan malam diD'Lala Seafood di Kampong Baru. Alhamdulillah segala nya berjalan sebagaimana yang dirancangkan.

Pasangan pengantin baru turut sama dengan menjemput Boss mereka ke makan malam tersebut, beliau datang bersama keluarga. Antara menu special dihidangkan pada malam tersebut ialah ayam goreng pandan bersama sos cili.


Ketam goreng bercili... nyumm... nyummmm memang "the best" tapi Kak Intan tak bolih makan banyak ni, sekadar merasa  jer ni, kalau terlebih makan nanti alergic satu badan he...he...


Ikan kerapu goreng bercili, yang ini pun memang the best menu..


Siakap steam...

Tumis lala

Ada lagi 2-3 jenis menu yang dihidangkan dan tak sempat diambil gambarnya... diakhir menu pencuci mulut dihidang kan iaitu serawa pulut durian dan juga serawa pulut dan mangga..

Alhamdulillah, semua menu2 nya sedap sedap, berbaloi juga dengan harga yg dikenakan. Insyaallah ada rezeki kami datang kesini lagi untuk menjamu selera ya D'Lala Seafood , wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...