14 Januari 2014

PERSIAPAN MAJLIS PERNIKAHAN ALONG DIJB 4JAN 2014.


Assalamualaikum
Kita sambung cerita lagi, 4hb Jan 2014 adalah hari pernikahan Along dirumah pengantin perempuan di Johor Bharu. Awal pagi lagi keluarga Kak Intan dan beberapa buah kereta lagi bertolak kesana. DiJB kami dtempatkan disebuah homestay, dan juga hotel. Maklumlah rombongan kami ramai jadi tak muat kalau satu homestay sahaja.

Kami sampai dihomestay Taman Setia Indah lebih kurang jam 1 tengahari...alhamdulillah lega, sebab selamat sampai kesemuanya. Sambil2 duduk berehat dan makan makanan yang telah disediakan buat kami tengahari tu , kami prepair barang2 hantaran yang kami bawa sebanyak 5 bekas lagi, antara nya seutas rantai tangan sebagai maskahwin, bag tangan, kasut, sejambak bunga pengganti sireh junjung dan sepasang telekong.

Ada juga kami prepair "tol" he...he.. mana tahu kan saja lah buat persediaan, mana tahu kan nanti dikenakan "tol", alhamdulillah tol dimansuh kan. malam tu...he...he...
Inilah barang barang hantaran yang dibawa olih pihak Kak Intan pada malam tu...

Kami juga sediakan sebekas bunga telor sebagai buat tangan dari pihak kami... kaum2 ibu sibuk menyiapkan nya tengahari tu. Bawa telor yang dah siap direbus...hanya tinggal dimasuk kan kedalam kelonsong dan diikat sahaja lagi.


 Antara rombongan dari pihak Kak Intan (lelaki) ialah anak2 saudara sebelah suami, sepupu sepupu dan juga adik beradik suami Kak Intan.
  Dah sampai depan pintu gate rumah perempuan, tunggu dijemput masuk sahaja lagi tu...
 Yang ini pula bekas mas kahwin, dalam nya ada seutas rantai tangan...
sepasang kasut
Hand bag


 Sebekas bunga telor dan ada beberapa lagi dulang hantaran yg tak sempat diambil gambarnya waktu ini.
Along dan pengiring dah bersedia masuk kerumah pengantin perempuan untuk dinikahkan. Jummmm tengok yang seterusnya lagi...tapi kak Intan kena out sekejap nak isi perut he..he.. ok wassalam... jumpa lagi yer dientry seterusnya pula.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...