12 April 2014

JUMPA TIN CANTEK CANTEK DIKEDAI DIY AEON TAMAN SETIAWANGSA.

 Assalamualaikum,
Apa khabar kawan kawan blogger semua yer...Dah lama Kak Intan tak updated blog ni, hampir 5 buln dah rasa nya. Maa pun bukan main cepat sekarang berlalu kan. Ni sambil sambil menunggu kedatangan "air paip" he...he.. Kak Intan merajinkan diri updated semula blog yang dah lama tertinggal he..he.. Tak ada apa cerita yang best pun, cuma hari tu jalan jalan dengan suami cuci mata dikedai DIY terpandangkan tin2 yang cantek ni...terus aje kak Intan rembat 2 buah. Harga pun ok lah. Memang mampu milik.

Yang buat tin tin ni bertambah cantek ialah penutup nya tu ada pulak tombol berbentuk ala ala diamond diatas nya. Kak Intan duk intai intai juga kalau kalau ada warna merah ker... pink ker tak pulak nya ini jer warna dan corak yang Kak Intan duk berkenan.
Ha...ha.. lepas ni kalau ada sapa sapa yang berkenan bolih lah kekedai tu nak mendapatkan nya. Kalau dah ada dalam rumah macam macam bolih simpan kat dalam tu... nak letak biskut raya pun bolih tau... Ok lah nanti kita sambung cerita lagi... nak intai paip air kat belakang tu dah keluar air ke belum... nak cuci kain baju yang dah macam busut jantan tinggi nya dalam bakul tu he..he... sampai jumpa lagi wassalam..

1 ulasan:

  1. cantik kak, harus saya pun nak cari tin ni jugak :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...