06 Jun 2014

JALAN JALAN MELAWAT GALERI ANTIK NORIAH KAMARUZAMAN.



 Assalamualaikum,
Selamat petang Jumaat, apa khabar semuanya rakan rakan blogger. Dah beberapa minggu tak bersiaran, makin sehari makin jauh rasa nya dengan blog sendiri. Tak tahu kenapa? walau pun jarang keudara disini tapi setiap hari mesti menjengok nya walau pun sekali. itu dah cukup memberikan kepuasan pada diri sendiri. 



 Beberapa minggu yang lepas balik dari menghadiri majlis perkahwinan anak kepada seorang rakan FB , Kak Intan dan beberapa orang rakan FB yanglain dari group barang barang antik singgah kerumah seorang peminat barang barang tersebut, iaitu pasangan suami isteri Noriah Kamaruzaman diSg Kantan Kajang Selangor. Teruja bila melangkahkan kaki pertama kali nya kerumah beliau yang dipenuhi perbagai barang barang lama terutama nya barang barang dari tembaga. Ini lah antara sebahagian dari barang antik beliau yg sempat kami potretkan, diantara nya deretan talipon model yang lama lama.





Pinggan mangkuk yang lama lama... ini hanyalah sebahagian sahaja, masih banyak lagi tersusun didalam beberapa buah bilik beliau.

Deretan mug pelbagai design sebagai cenderahati.

Pelbagai jenis teko kotak. 

Peminat biru putih mesti suka dengan set ni
 Alat penimbang lama pelbagai saiz.




 Setelah penat melihat koleksi2 beliau kami dihidang kan dengan minum petang... aduhai macam macam hidangan, apa kan daya perut dah kenyang. Makan juga lah tak banyak sikit. Tak baik kan penat penat tuan rumah buat persiapan.




 Inilah barisan tetamu Noriah Kamaruzaman petang itu, antaranya Roscobbage Mak Jah dan anak nya Sabariah Qamarina, Cikgu Shah, tak nampak dalam gambar dan ada seorang lagi anak lelaki Mak Jah. 


 
Selesai jamu selera sempat lagi ambil gambar,  ditempat tempat yang ada koleksi koleksi peberet kami ... he..he... 


Sebelum balik akhir sekali posing didepan pintu masuk utama, apa pun terima kasih banyak banyak kepada tuan rumah pasangan suami isteri Noriah Kamaruzaman yang tak jemu jemu melayan kerenah kami sepanjang berada dirumah beliau. Akhir nya sebelum pulang saya dihadiahkan sepasang bekas candy WEXFORD yang masih cantek lagi.


Terima kasih sekali lagi buat Noriah dan suami... insyaallah ada masa kita jumpa lagi sambil cuci cuci mata koleksi anda berdua.Sampai jumpa lagi wassalam.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...