23 Julai 2009

AKTIVITI HUJUNG MINGGU DIDATARAN MERDEKA....


Seawal jam 7 pagi Kakintan dan Hubby sudah pun sampai keDataran Merdeka Ahad yang lepas...bukan nya apa kalau tak de program ke mana mana kami berdua akan mengikuti program Ezzat disekolahnya...Pada pagi tu VICCB dijemput olih pihak Siemen untuk membuat persembahan diLarian Siemen......pada tahun lepas juga VICCB dijemput sama.Seronok juga menghadirkan diri disini sambil melihat para peserta berlari....berbagai jenis kaum terlibat...sebahagian dari para peserta adalah dari luar negara..

2 orang peserta ini adalah yang terawal sampai digarisan penamat.....yang berbaju putih adalah dari luar negara...sementara yang berbaju kuning adalah dari Malaysia sendiri...
Ezzat dan kumpulan nya membuat persembahan diupacara pembukaan dan juga penutup...dalam gambar diatas mereka sedang mempersembahkan acara penutup..
En Hubby bersama sama dengan En.Sharifudin...kami panggil dia Mr.S..yang juga guru bertanggung jawab dalam hal hal VICCB...masa ni tengah meluahkan perasaan nampaknya tu...entah apa la agaknya cerita dia tu..he..he....sorry cikgu ya...just kidding...

Sementara menunggu persembahan VICCB tamat.......Kakintan dan Hubby kesebelah Central Market..ada sebuah restoren disitu untuk bersarapan....pagi tu Kakintan makan roti canai telor. dengan teh ais.........En Hubby pula roti canai kosong bersama sama Neslo....cukuplah sampai tengahari sarapan tu....persembahan diorang tamat dalam jam 11 pagi.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...