Ada juga lauk lauk lain yang tak sempat Kakintan ambil gambarnya iaitu ayam masak merah, sayur keladi masak asam rebus + udang, asam pedas ikan duri + kacang bendi , telur goreng bersos, yang dimakan bersama nasi putih...Air yang disediakan adalah air sirap...selesai kami berbuka puasa, kami sama sama bersolat maghrib diasrama tersebut bersama sama dengan anak anak yatim itu...mereka terdiri dari 70 orang kesemuanya. Hati terasa sayu bila melihat mereka sama sama mengerjakan solat bersama sama..
Antara yang paling kecil kanak kanak disitu terdapat 15 orang yang berusia antara 9 bulan hingga lah 5 tahun ...kelihatan tertib dan bersopan sewaktu mereka menyuapkan makanan kemulut....ada juga yang nampak seperti malu malu dan takut takut....
Sayang nya Kakintan tak sempat nak posing dengan mereka....sebab seronok melayan keletah masing masing...tak apa kalau ada gambar kemudian nanti Kakintan akan tempek semula disini o.k....
Sayang nya Kakintan tak sempat nak posing dengan mereka....sebab seronok melayan keletah masing masing...tak apa kalau ada gambar kemudian nanti Kakintan akan tempek semula disini o.k....
Selesai majlis berbuka dan solat maghrib, majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan berupa beras dan juga wang kepada anak anak yatim Nurul Iman ini....ada hamba allah yang berkemampuan memberikan sumbangan tersebut..alhamdulillah...semoga bertambah tambah murah rezeki sipenderma. Selepas ini pada hari Sabtu yang akan datang ada lagi satu majlis meraikan anak anak yatim untuk berbuka puasa...kali ini sebuah lagi rumah anak anak yatim yang terletak diTaman P.Ramlee akan diraikan insyaallah kiranya ada gambar nanti akan Kakintan sertakan disini....oh ya penyertaan Kakintan dalam majlis majlis tersebut hanya lah untuk menguruskan makan minum mereka bersama sama dengan sahabat2 lain yang sama sama aktiv dalam pertubuhan tersebut ...o.k..sekian untuk kali ini...salam dan selamat berpuasa kepada semua yang berkunjung disini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan