27 Oktober 2009

ASAM REBUS IKAN KEMBUNG DENGAN TEMPOYAK.




Sebenarnya hari ni rasa macam malas je Kakintan nak masak , selera nak makan pun tak ada tapi perut tu ada juga terasa lapar. Fikir punya fikir Kakintan pun buat lah menu ni untuk dibuat lauk tengah hari semalam, Nak tau apa menunya ni lah dia...asam rebus ikan kembung dicamporkan dengan tempoyak. Harap harap ianya pembuka selera la kan....kalau nak tau apa bahan yang Kakintan gunakan ni la dia nya.....

Bahan bahan nya...
2 ekor ikan kembong
5 biji cili merah*
5 biji cili api*
sedikit kunyit hidup*
2 sudu tempoyak
sehelai daun kunyit
sebatang serai
5 biji bawang merah*
1 biji timun buang kulitnya dan dipotong2 serong

Caranya.....
Blender kesemua bahan bahan yang bertanda * sehingga halus .
Masukkan kedalam periuk bahan bahan yang sudah diblender tadi.
Masukkan ikan kembung, serai yg telah diketuk , air yang nak dijadikan kuah (mengikut banyak mana yang kita rasa perlukan) dan juga tempoyak.
Masakkan sehingga mendidih kemudian masukkan pula daun kunyit yang telah dicarik carikkan dan juga timun yang telah dipotong potongkan. Masukkan sedikit garam mengikut citarasa anda. Kakintan juga masukkan sedikit gula....jangan terlalu banyak cukuplah dalam sesudu kecil sahaja. Masakkan lag i sehingga mendidih lagi. Angkat....kalau makan dengan nasi panas panas ni memang lah berselera bagi Kakintan ......ok...bolih la kalau nak mencubanya.....layannnnnnnn

3 ulasan:

  1. sedapnya asam rebus!

    * laaaaamaaaaaaaaaaaaaaa sungguh tak masak lauk ni tau....

    BalasPadam
  2. salam kak....huhu sedapnya lauk akak ni..lama betul radiah tak masak tempoyak...kat tanjong malim ni tempoyaknya tak ori...dah dicampur pisang oleh penjual kt pasar..punya lah nak untung sampai menipu pelanggan..

    BalasPadam
  3. kalau kat umah jijah ni ... ikan nye nanti yg kelemasan .. sbb nye kuah semua jalan .... ikan je takde sape nak makan .. hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...