30 Oktober 2009

PUDING KASTAD BUAHBUAHAN....

He...he.....ada cerita disebalik Puding Kastad Buahbuahan ni.....sebenarnya Kakintan buat masa musim hari raya Aidilfitri yang baru saje berlalu. Masa tu Ham dan familynya datang kerumah Kakintan...kebetulan puding tu baru sahaja siap dimasak ..jadi nak kan cepat sejuk Kakintan pun masukkan kedalam fridge....ermmmmmm sampai kesudah ...Ham dan family dah balik baru Kakintan teringat puding ni tak sempat nak hidangkan....ianya resepi campak campak Kakintan juga ni....
BAHAN bahan nya....

I paket agar agar....Kakintan rendam terlebih dahulu sebelum memasaknya....
Gula
Esen Vanilla
3 sudu besar tepong kastad
I tin buah buahan campuran dalam tin
1 tin susu cair atau pun susu segar
Caranya....
Masak kan agar agar tadi sehingga hancur. Air yang Kakintan perlukan biasa nya Kakintan sukat mengikut sukatan agar agar yang telah direndam tadi...sekiranya agar agar tu sukatan nya semangkuk basuh tangan Kakintan gunakan sukatan 3 mangkuk yg sama menyukat agar agar tadi. Bila agar agar betul hancur masukkan gula mengikut kemanisan yang anda sendiri perlukan. Masak sehingga mendidih, masukkan sebanyak satu sudu kecil esen vanilla, dan juga tepong kastad yang telah dilarutkan dengan sedikit air terlebih dahulu. Masakkan lagi sehingga mendidih , camporkan sekali air yang terdapat dalam campuran buahbuahan dalam tin tadi.Bila betul betul masak sejukkan dalam acuan yang disukai. Bila menghidangkan nya curahkan sedikit susu cair dan juga taburkan buah buahan campuran tadi....ok.....lagi sejuk lagi sedap rasanya.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...