30 Oktober 2009

TUKAR SELERA SIKIT...NASI LEMAK HIJAU...

Kali ni Kakintan nak tukar selera sikit, sebab bila jalan kat blog kawan kawan yang buat nasi lemak hijau ni....aduhhhhh...meleleh juga air lior rasanya...o.k...Kakintan pun cuba la masak nasi ni dengan cara Kakintan sendiri pula....istilah yang dikatakan "main campak campak " je...
Nasi yang Kakintan masak ni tak berapa nak hijau sebab Kakintan gunakan 100% daun pandan yang Kakintan blender mengikut citarasa Kakintan....lepas tu Kakintan tapis dan ambil airnya yang hijau tu....letak sedikit garam dan juga sebatang serai yang dititik kasi hancur sikit.Masak macam nasi biasa juga lah....
Kali ni Kakintan buat ayam goreng ketumbar, dimana Kakintan letakkan sedikit ketumbar, jintan manis, dan jintan kasar yg telah digoreng tanpa minyak, kemudian dikisar halus. Kakintan masukkan juga sedikit bawang putih, kunyit hidup dan sedikit halia yang ditumbuk bersama sedikit garam. Gaulkan juga kesemua bahan bahan tadi bersama sedikit madu dan sebelum tu Kak Intan perapkan nya dalam 20 minit. Barulah digoreng, sebab tu ianya nampak sedikit hitam...sebenarnya bukan hangus.

Yang ini pula sambal tumisnya....selalunya Kakintan buat sambal tumis ikan bilis. dimana...ikan bilisnya digoreng terlebih dahulu....tapi kali ni Kakintan tak buat macam tu...
Sambal tersebut ikan bilis nya Kakintan blender berasingan dan dimasukkan kedalam cili dan bawangnya yang telah ditumis terlebih dahulu, bila ianya sudah terbit minyak baru Kakintan masukkan ikan bilis yg telah diblender tadi kedalam cili yg ditumis terlebih dahulu, Kalau nak sedap mengikut kata arwah mak angkat Kakintan sambal tu kita blend bersama sebiji bawang putih, masak lagi sehingga betul betul garing .....iaitu terbit minyak sekali lagi. Akhir sekali masukkan sedikit garam, air asam jawa dan juga sedikit gula....masak sampai agak pekat.
Seperti biasa ulam timun mesti ada.....
O.k dah siap pun semuanya...jum kita makan....layannnnnnn

1 ulasan:

  1. salam kak,
    waaaaaaa(gulp..telan air liur)sdpnya tgk sambal nasi lemak akak!! Nak makan takot hancur diet ni. Da smggu xamik nasi ni kak oiii. Tahan jek laaa. Hadoiiii seksanya perut hukhukhuk...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...