29 November 2009

BALIK KAMPONG DIAIDIL ADHA.

Jumaat lepas, selesai sahaja solat Jumaat Kakintan bersama En Hubby dan Ezzat memulakan perjalanan pulang kerumah kakak Kakintan yang sulong diFelda Gunung Besout 1, Sungkai Perak...Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam juga..maklumlah nak masok jalan keFelda tersebut jauh juga. Sebelum tu sempat juga singgah diCarefour Wangsa Maju, adalah sikit buah tangan belikan untuk kakak tu. Kakintan juga singgah diDeliFrance kat situ beli lah tart ni...memang suka betul makan fruit tart ni....jadi sambil jamu jamu mata kat sepanjang Highway tu Kakintan dan En Hubby kunyah kunyah la tart ni....
Tujuan sebenar kerumah kakak Kakintan tu ni lah dianya...sehari sebelum tu kakak Kakintan ni sibuk calling2 suruh datang kerumahnya..katanya buah rambutan bukan main lebat lagi bergayut gayut tak termakan....sampai jejak ketanah pun ada...sekeliling rumahnya tu adalah dalam 6 batang pokok rasanya..kesemuanya manis manis dan lekang.He....he...ni belum balik ke rumah mak lagi ni diTeluk Intan, sebab mak kata dekat rumah mak rambutan belum masak sepenuhnya. Ok tunggu dah masak semua nanti kami balik ya mak....masa Aidiladha tu mak pula berhariraya dirumah adik Kakintan yang bongsu diTanjung Karang Selangor.
Inilah sebahagian dari pokok pokok yang ada didepan rumah Kaklong Kakintan ni, ini yang belum lagi dipetik...semuanya rendah rendah tak payah guna galah pun....


Sebahagian dari rambutan yang telah kami petik menggunakan tangan, leka dibuatnya dan seronok betul
Mana mana yang tinggi sikit tu ni lah orang yang tukang panjatnya he..he...atas pokok pun sempat lagi hantar mesej kat adik beradik dia ajak datang sama rumah Kaklong ni....tapi dorang semuanya beraya keTampin Negeri Sembilan, diruah anakbuah En.Hubby.
Rambutan yang bertangkai tu kitaorang ikat siap siap senang kan nak hangkut bawa balik.....sedekah sedekah kat rumah rumah jiran sekeliling Kakintan diWangsa Maju pula...ada juga sedekah kat jurutol..sambil sambil bayar tol tu hulur juga kat diorang tu sorang seikatkan....
Antara buah buah lain yang Kakintan dan hangkut sama bawa balik ni la dianya pisang....memang tak termakan juga
Ubi kayu ni pun Kakintan hangkut sama....adalagi tau...
Langsat, manggis dan juga pucuk ubi.....nanti Kakintan letak dalam N3 yang akan datang pula...O.k Layan dulu la gambar gambar ni ya...salammmmm

6 ulasan:

  1. salam kakintan. bestnya dapat balik kg dan angkut segala macam buah tangan! errr..hulur2 le barang seikat dua rambutan tu. mmg peberet sy rambutan gading ni...

    BalasPadam
  2. salam Ita..kalau Ita dekat ni mmg dah hulur dah 2/3 ikat tau....ni jauh sangat la pulaknya..tiap2 kali raya mmg selalu bertembong dgn musim buah

    BalasPadam
  3. salam singgah...waah beraya ngn buah2an ye kak..meriah tu.. ^_^

    salam aidiladha!

    BalasPadam
  4. salam mamaleiyna..he..he..mmg meriah...sbb musim buah tgh banyak sekarang ni....salam aidiladha juga buat mamaleiyna ya..terima kasih sudi singgah sini.

    BalasPadam
  5. duduk di Felda memang seronok kak intan..buah-buahan memang banyak tak termakan..saya pernah menyewa dekat felda tempat kerja suami dulu...sewa 70.00 bersama..kebun pisang, rambutan, limau, dan lain-lain...mewahnya hidup...hehehhe

    BalasPadam
  6. salam Roslaini...oh ye ke ...kalau macam tu memang best la siap ada kebun sekali kan.satu yang paling menyeronokkan ialah bolih berjimat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...